Fibroid (1)

 

 

Ada beberapa kes penyakit yang menimpa pengunjung kami di Darussyifa’ Lok Kawi yang biasa dialami oleh ramai orang lain.

1) Seorang pakcik yang sudah pencen dari Papar, sebagaimana diceritakan oleh anak perempuannya kepada saya mempunyai ketumbuhan di celah ketiaknya. Tidak terasa sakit sangat namun sedikit sebanyak mengganggu pergerakan lengan dan tangannya.

Si anak kebetulan berhajat mendapatkan rawatan di Darussyifa’ Lok Kawi dan kemudian membeli beberapa botol air mineral yang sudah diruqyah. Dengan izin Allah SWT, ketumbuhan itu semakin berkurangan dan mengecil. Si anak memaklumkan saya kemudian bahawa mereka berhajat mendapatkan air berkenaan lagi.

Hanya saya seperti sahabat-sahabat lain sering mengingatkan pesakit agar membetulkan iktiqad bahawa Allah SWT yang Maha Berkuasa memberi kesembuhan atas segala penyakit bukannya air berkenaan. Kita hanya mengambil ikhtiar dan keberkatan pada air yang sudah diruqyah dengan ayat-ayat al-Quran.

2) Tuan Haji Pozi Awang mengunjukkan kepada saya dua pesakit yang kebetulan datang pada waktu dan hari yang sama. Kedua-dua mereka ada masalah ketumbuhan dalam rahim dan perut. Saya meruqyah kedua-dua mereka dalam 2 sesi dengan ruqyah yang sama iaitu surah al-Fatihah, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyyah, ayat-ayat pemecah, doa mengecilkan bengkak dan lain-lain.