Archive for 17 Julai 2013


Tarikh : 12 Julai 2013 (Jumaat)

Tempat : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Saya mengetahui sedikit sebanyak kisah anakanda kami ini. Keluarganya berasal dari Gadong Beaufort dan kemudian berhijrah ke WP Labuan sejak tahun 1988 atas tuntutan kerjaya.

Rizu pada zaman remajanya pernah bersekolah beberapa bulan di SMUI Toh Puan Hajah Rahmah sebelum berhijrah ke Brunei dan bersekolah di sebuah istitusi tahfiz di sana. Sehingga tingkatan 5, Rizu dapat menghafaz sehingga juz 17 sahaja sebelum kembali ke WP Labuan dan menyambung pengajian di Institut Latihan Perindustrian (ILP) dalam bidang elektrik.

Menarik perjalanan hidupnya, kemudian kembali ke dunia tahfiz dan menjadi sebahagian warga Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah bermula sesi pengajian mei tahun 2011 dan dijangka selesai pada februari 2014 akan datang. Pada 12 Julai lepas, Rizu selesai mengkhatamkan hafazan al-Quran di sisi gurunya Ustaz Sahiful Rahmat ketika masih dalam semester 5, mengiringi rakannya terdahulu – Hardi, Subri dan Sadri.

Rizu  dikenali di kalangan kami sangat meminati dunia fotografi dan videografi serta edit grafik, boleh membuat video-video klip menarik dan sebagainya. Rizu juga adalah admin utama bagi page facebook bagi Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Sabah. Semoga Allah SWT meneguhkan anakanda kami ini di jalan kebaikan.

Rizu Khatam (2) Rizu Khatam (3) Rizu Khatam (4)

Sepanjang Ramadhan, kelas tahfiz hujung minggu hanya diadakan untuk sesi kanak-kanak sahaja. Setiap sabtu, 8.30-10 pagi atau 10.30-12 tengahari.

KTHM M31 (1) KTHM M31 (2) KTHM M31 (3) KTHM M31 (4) KTHM M31 (5) KTHM M31 (6) KTHM M31 (7) KTHM M31 (8) KTHM M31 (9) KTHM M31 (10)

%d bloggers like this: