Archive for 13 Julai 2013


KE TAMAN SEBELUM RAMADHAN

Tarikh : 7 Julai 2013 (Ahad)

Tempat : Taman Tanjung Aru PerdanaTaman Tg Aru Perdana (1) Taman Tg Aru Perdana (2) Taman Tg Aru Perdana (3) Taman Tg Aru Perdana (4) Taman Tg Aru Perdana (5) Taman Tg Aru Perdana (6)

Ustaz Ikhwan @ Masjid Hilal

Khatib : Ustaz Haji Jamiatul Ikhwan Asngadi

Lokasi : Masjid al-Hilal Tanjung Dumpil Putatan

Menurut sejarah, ketetapan ibadah puasa ini berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu setahun lebih selepas perintah ibadah solat. Seperti kewajiban ibadah lain, puasa bukanlah suatu ibadah yang kosong dan kering kontang sifatnya. Hati, akal dan jiwa manusia disentuh, dibelai secara saksama.

Hamba Allah dipanggil ‘wahai orang beriman’ sebagai suatu jemputan permulaan daripada Allah SWT kepada mereka yang beriman, suatu seruan dengan penuh kasih sayang dan penghormatan.

‘DIwajibkan ke atas kamu berpuasa’ : inilah misi perintah. Arahan puasa daripada Allah SWT diterima dengan terbuka dan perasaan manis gembira oleh orang beriman. Ia tidak terasa berat seperti beratnya manusia membayar denda atau saman. Bahkan ia dialu-alukan dan ditunggu oleh orang beriman dengan semangat penyerahan diri kepadaNya.

Oleh sebab itu seruan berpuasa hakikatnya adalah seruan kasih sayang dan penghormatan. Satu panggilan yang mencetuskan maruah dan harga diri. Hakikatnya mana sahaja perintah Allah tidaklah berat, kerana perintah itu diturunkan dengan rasa kecintaan dan keridhaan kedua-dua pihak.

Sesiapa yang telah berikrar dan beriman kepada Allah, pasti ia menyerah diri sepenuhnya. Patuh dengan segenap diri dan anggota. Arahan diterima dengan perasaan indah. Bahkan Allah memaklumkan bahawa perintah puasa ini bukanlah baru, kerana tugasan itu pernah dilakukan oleh orang-orang terdahulu.

Tujuan asas puasa itu agar hambaNya menjadi taqwa, bertambah rapat dan mesra hubungannya dengan Tuhan.  Agar hidup ini selamat daripada segala marabahaya. Tujuan puasa juga adalah pendidikan, latihan, pemulihan dan rawatan, pembinaan budi pekerti, juga penaklukan hawa nafsu.

%d bloggers like this: