Tarikh : 5 Julai 2013

Tempat : Surau ar-Rahman, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Nampaknya untuk bulan Ramadhan 1434 kali ini maahad akan lebih meriah. Jumlah warga yang mencecah hampir 60 orang dan dalam masa yang sama tempahan untuk tugasan imam tarawih di beberapa masjid dan surau semakin banyak.

Sehingga catatan ini, antara masjid dan surau yang menempah siswa maahad untuk bertugas sebagai imam tarawih ialah Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu, Masjid an-Nur IPG Gaya, Surau Kuarters Penjara Kota Kinabalu, Surau Taman Austral Kepayan, Surau Taman Sri Gaya, Masjid al-Hilal Tanjung Dumpil dan Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas.

Oleh yang demikian, siswa siswi secara umum dan siswa semester 3 dan 5 khususnya didedahkan tentang beberapa perkara berkenaan pengendalian solat tarawih. Antaranya berkenaan adab, hukum hakam berkaitan fekah dan hukum tajwid. Beberapa sesi praktikal untuk imam dan bilal juga kami lakukan sedapat yang mungkin.

Kepada pihak-pihak yang memohon khidmat imam tarawih daripada kami, sekadar ini kemampuan kami. Mana-mana kelemahan dan kekurangan dari pelbagai sisi, kami memohon maaf. Para imam kami masih dalam proses belajar. Kepada pelajar kami pula diharap dapat memberikan khidmat terbaik kepada jamaah masjid dan surau serta berharap kehadiran mereka dapat menarik jamaah untuk menunaikan solat di rumah-rumah Allah SWT.

Kursus Tarawih (1) Kursus Tarawih (2) Kursus Tarawih (3) Kursus Tarawih (4) Kursus Tarawih (5) Kursus Tarawih (6) Kursus Tarawih (7) Kursus Tarawih (8) Kursus Tarawih (9)