Archive for 10 Julai 2013


KAEDAH MERAWAT SANTAU

Buku yang baru dibaca :

santau-240x358

Penulis : Dato’ Dr. Haron Din, Mokhtar Kassan & Azizan Ramly

Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd

Harga : RM17.00 / RM19.00

Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia. Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat.

Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa’ sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia.

Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah ikhtiar yang dilakukan demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya Allah s.w.t. juga menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim a.s. dalam surah As-Syu’arak ayat 80 yang bermaksud, “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.”

Tarikh : 5 Julai 2013

Tempat : Surau ar-Rahman, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Nampaknya untuk bulan Ramadhan 1434 kali ini maahad akan lebih meriah. Jumlah warga yang mencecah hampir 60 orang dan dalam masa yang sama tempahan untuk tugasan imam tarawih di beberapa masjid dan surau semakin banyak.

Sehingga catatan ini, antara masjid dan surau yang menempah siswa maahad untuk bertugas sebagai imam tarawih ialah Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu, Masjid an-Nur IPG Gaya, Surau Kuarters Penjara Kota Kinabalu, Surau Taman Austral Kepayan, Surau Taman Sri Gaya, Masjid al-Hilal Tanjung Dumpil dan Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas.

Oleh yang demikian, siswa siswi secara umum dan siswa semester 3 dan 5 khususnya didedahkan tentang beberapa perkara berkenaan pengendalian solat tarawih. Antaranya berkenaan adab, hukum hakam berkaitan fekah dan hukum tajwid. Beberapa sesi praktikal untuk imam dan bilal juga kami lakukan sedapat yang mungkin.

Kepada pihak-pihak yang memohon khidmat imam tarawih daripada kami, sekadar ini kemampuan kami. Mana-mana kelemahan dan kekurangan dari pelbagai sisi, kami memohon maaf. Para imam kami masih dalam proses belajar. Kepada pelajar kami pula diharap dapat memberikan khidmat terbaik kepada jamaah masjid dan surau serta berharap kehadiran mereka dapat menarik jamaah untuk menunaikan solat di rumah-rumah Allah SWT.

Kursus Tarawih (1) Kursus Tarawih (2) Kursus Tarawih (3) Kursus Tarawih (4) Kursus Tarawih (5) Kursus Tarawih (6) Kursus Tarawih (7) Kursus Tarawih (8) Kursus Tarawih (9)

%d bloggers like this: