Archive for 9 Julai 2013


Gerai Harakah

Selepas PRU-13 berlangsung, saya dan para peminat Harakah cetak menyedari bahawa akhbar alternatif ini mulai sukar untuk diperolehi. Pernah beberapa ketika berlaku rampasan akhbar ini dan Suara Keadilan di beberapa premis yang menjualnya.

Ingatkan ia hanya berlaku sekali begitu sahaja. Rupanya ia semakin sukar dan kini saya tidak memperolehinya lagi. Walaupun akhbar berkenaan boleh dibaca lewat talian maya, akhbar cetak sangat membantu kepada golongan yang tidak memiliki internet yang jumlahnya masih ramai di dalam masyarakat.

Sudahlah kadar edaran harakah cetak tidak banyak di Sabah, yang ada itu pun dirampas juga di sebuah negara demokrasi ini (kononnya). Apalah yang hendak dibimbangi dengan akhbar ciput ini, baik oleh sang penguasa yang mewakilkan tangan kepada anggota-anggota bawahan sebagai penguatkuasa.

Saya tidaklah terlalu mencari kerana boleh membaca di http://www.bm.harakahdaily.net/ tetapi sesekali berpeluang bertanya kewujudannya di kedai-kedai dan gerai-gerai kecil di Kota Kinabalu dan sekitarnya. Saya pernah bertanya dan mencari di kedai-kedai yang biasa menjualnya di Papar, Kinarut, Putatan, Petagas, sehingga ke Pasar Besar Kota Kinabalu.

Bermacam-macam cerita pekedai. Ada yang kata ejen tidak hantar, ada yang dirampas, ada yang diugut oleh orang yang mereka tidak kenal, ada yang kata akhbar tidak dibenar masuk lagi ke Sabah dan sebagainya. Saya berharap pengurusan harakah dapat melakukan sesuatu.

Buku yang baru dibaca :

kisah-orang-kaunter016

Pengarang : Rafi Haruman
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Harga : RM16.00 / RM18.00

Sudah tercatat dalam lomhafuz, sejak zaman kanak-kanak, ke alam persekolahan dan sehingga memasuki alam pekerjaan dia tidak dapat lari daripada kaunter. Sudah rezekinya di meja kaku itu. Dari suatu kuanter ke kaunter lain, pelbagai kisah dan pengalaman menarik yang telah dikutip. Kisah-kisahnya menarik, amat sarat dengan mesej dan teladan serta tidak sepi daripada humor dan nilai-nilai tarbiah.

Kisah orang kaunter adalah perkongsian kecil sebuah perasaan, bagaimana perhubungan kita dengan masyarakat, juga sebagai wadah dalam kita memahami apa yang sepatutnya kita lakukan sekiranya berlaku konflik dalam sesuatu komunikasi.

%d bloggers like this: