Archive for 8 Julai 2013


KTHM, M30 (1) KTHM, M30 (2) KTHM, M30 (3) KTHM, M30 (4) KTHM, M30 (5) KTHM, M30 (6) KTHM, M30 (7) KTHM, M30 (8)

Seorang lagi kebanggaan kami, Mohd Sadri Mohd Ilmi selesai mengkhatamkan hafazan 30 juzu’ al-Quran pada 5 Julai lepas. Anak muda dari Sandakan ini menariknya memulakan pengajian di Maahad ini pada tahun 2009 dalam kelas persijilan hampir 2 tahun. Dalam tempoh itu, Sadri sudah mengkhatamkan hafazan al-Quran buat kali pertama.

Selesai di kelas persijilan, Sadri layak ke program diploma selama 6 semester bermula pada mei tahun 2011. Ketika itu Sadri tasmik al-Quran di samping Ustazah Mahliana sehingga saya menyertai warga Maahad Tahfiz ini pada november 2011 ketika mereka dalam semester 2.

Ketika ini, Sadri yang diamanahkan sebagai YDP Persatuan Pelajar Maahad membuktikan kali kedua dengan khatam hafaz dengan disaksikan oleh rakan-rakannya. Sadri dalam rekod sekelasnya adalah orang yang ketiga selepas Hardy yang khatam pada semester 3 dan Subri yang khatam pada semester 4 lepas.

Insya Allah, akan ada rakan mereka yang akan menyusul dalam tempoh terdekat pula. Kini waktunya mula mempertahankan hafazan al-Quran yang ada di dada mereka dan kemudian menyebarkan isinya kepada masyarakat. Saya mendoakan.

Sadri Ilmi Khatam 30 Juz (1) Sadri Ilmi Khatam 30 Juz (2) Sadri Ilmi Khatam 30 Juz (3) Sadri Ilmi Khatam 30 Juz (4) Sadri Ilmi Khatam 30 Juz (5) Sadri Ilmi Khatam 30 Juz (6) Sadri Ilmi Khatam 30 Juz (7) Sadri Ilmi Khatam 30 Juz (8) Sadri Ilmi Khatam 30 Juz (9)

%d bloggers like this: