Archive for 6 Julai 2013


Ustaz Bukhari

Beberapa minggu sebelum ini kami mengetahui bahawa beliau menghidapi penyakit kanser hati tahap keempat dalam keadaan beliau secara zahirnya masih boleh bergerak ke hulu ke hilir seperti biasa. Jujurnya kami bimbang situasi ini dalam keadaan kami masih terasa kehilangan Ustaz Ezri Mokhtar sebelum ini.

Beliau yang sudah bertahun bertugas di SK St John Tuaran balik ke kampungya di Pahang bagi mendapatkan rawatan. Beberapa hari sebelum pemergiannya, Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim dan Hamran Jawan kebetulan bertemunya di Darussyifa’ Bangi dan memaklumkan akan membuat pemeriksaan lanjut di ibu negara.

Tengahari jumaat minggu lepas, kami dimaklumkan pemergian beliau di hospital UKM dan selanjutnya dibawa ke kampungnya di Kg Paya Lama Lancang Pahang. Peribadi saya sendiri tidak akrab dengan beliau, tetapi mengetahui beliau salah seorang perawat aktif di Darussyifa’ Bandar Sierra Kota Kinabalu.

Semoga Allah mengampuni dosa beliau dan memberi ganjaran atas amal soleh beliau selama ini serta ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Allahumma amin.

Buku yang baru dibaca :

di mana bumi dipijak

Penulis :  Abu Hassan Morad

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM35.00 / RM37.00

Buah tangan hasil perjalanan penulis menyelusuri beberapa buah negara yang berbeza geografi, adat, ritual, budaya dan segala-galanya. Penulis juga memberi gambaran sebenar mengenai kehidupan masyarakat Islam di sesebuah negara. Kisah yang terungkap di sebaliknya juga mampu menyuntik antidot dalam diri agar kita sedar di mana kita berpijak.

%d bloggers like this: