Tarikh : 2 Julai 2013 (Selasa) 

Lokasi : Institut Roszall SPA, Damai Luyang

Ini satu pengalaman yang sangat berharga yang Allah SWT beri kami peluang menyampaikan ajaran Islam kepada warga Institut Roszall SPA di Damai Luyang. Manakan tidak, sebahagian pelatih mereka adalah non muslim yang asyik dan tertarik mendengar penerangan tentang rawatan pengubatan Islam.

Saya bercerita sekitar 40 minit tentang apa itu makhluk halus, asas kepada pengenalan jin dan syaitan, sehinggalah perkara-perkara yang menjadi kesukaannya apabila manusia melakukannya. Maka nasihat saya kepada mereka – terutama kepada muslimah – agar menjaga aqidah, solat, tilawah al-Quran secara konsisten, menutup aurat dan menjaga pergaulan seharian mereka.

Ada satu sesi di akhirnya kami melakukan rawatan, maka pelatih non muslim ini berderu-deru mendapatkan rawatan bahkan nampaknya mereka teruja dan bertanya itu dan ini. Semoga sesi ini mendatangkan manfaat untuk kami semua.

Ceramah Rawatan @ SPA (1) Ceramah Rawatan @ SPA (2) Ceramah Rawatan @ SPA (3) Ceramah Rawatan @ SPA (4) Ceramah Rawatan @ SPA (5) Ceramah Rawatan @ SPA (6)