Archive for 2 Julai 2013


 

MP PAS Marang (TG Hj Hadi Awang) Bahas Titah Diraja Pembukaan Parlimen 2013 dalam Persidangan Parlimen Penggal Pertama Kali Ketiga Belas pada 1/7/2013.

***

PAS gesa tubuh ribunal dedah kepincangan PRU13

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20435-pas-gesa-tubuh-tribunal-dedah-kepincangan-pru13

Harakahdaily, 02 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan kepada Dewan Rakyat agar satu tribunal ditubuhkan bagi menyiasat kepincangan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Bercakap sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong semalam beliau berkata, terlalu banyak perkara yang dipertikaikan pada pilihan raya lalu yang memerlukan satu siasatan menyeluruh dari sebuah badan yang bebas.

“Kita mencadangkan ditubuhkan tribunal untuk melakukan postmortem PRU13. Anggota tribunal ini pula mestilah dilantik dari kalangan mereka yang diterima semua pihak,” katanya.

Menurut Ustaz Hadi, beliau yakin jika tribunal ini ditubuhkan untuk menyiasat PRU13 lalu, banyak pendedahan akan timbul berkaitan masalah yang berlaku khususnya berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ianya termasuk isu daftar pemilih yang diragui, isu pengundi warga asing dan termasuk juga isu penggunaan dakwat kekal.

Katanya, SPR juga pelu dibuat perubahan dengan membebaskan suruhanjaya itu daripada kongkongan kuasa politik pemerintah.

“Kita perlu kepada SPR yang bebas, bukan lagi SPR yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bila di bawah JPM kita melihat pegawai-pegawainya juga dikongkong,” katanya lagi. Menurutnya, kerajaan perlu berani untuk melakukan perubahan termasuk reformasi sistem pilihan raya bagi memastikan demokrasi negara ini berjalan dengan adil.

Mengulas isu keputusan PRU13 lalu pula beliau berkata, PAS mengiktiraf kemenangan yang diperolehi namun pada masa yang sama menentang segala penipuan dan salah laku yang berlaku.

“Sebab itu kami datang angkat sumpah. Kami iktiraf kemenangan ini walaupun menghadapi salah laku dan penipuan. Ada perkara yang kita tidak iktiraf, maka berlakunya petisyen oleh pembangkang dan juga BN.  Menunjukkan kemenangan yang tidak menyenangkan kerana masih ada amalan yang tidak betul dalam amalan demokrasi,” katanya.

 

Sudah lama saya tidak terlibat dalam kerja-kerja merawat premis. Berdasarkan sedikit pengalaman sebelum ini bersama sahabat-sahabat perawat Darussyifa’ Sabah, ada beberapa tempat yang kami diundang untuk merawat premis mereka. Antaranya sekolah, asrama, hotel, rumah persendirian, pejabat dan hospital.

Masing-masing ada kenangan dan pengalaman yang berlainan dan itu semua sangat berharga bagi kami semua. Ada kejadian yang mendatangkan kehairanan dan peristiwa pelik yang kalau difikir dan diikutkan boleh menyeramkan diri. Walaubagaimanapun, kebergantungan yang tinggi kepada Allah SWT serta keyakinan akan sesuatu penyakit ada penawarnya dengan izin Allah SWT.

Kali ini kami merawat sebuah asrama yang agak besar juga. Mujur tidak semua menjadi sasaran gangguan makhluk halus, bahkan hanya sebahagian tingkat di sebuah blok. Seperti biasa kami dahulukan dengan solat hajat, bacaan yasin dan doa yang di hadapan kami terletak air dan garam bersama-sama.

Selepas itu barulah acara merejam air dan garam dilakukan dengan iringan bacaan ayatul kursy sehingga selesai kawasan terbabit. Di sini ada juga sedikit sebanyak pengalaman pelik yang dialami oleh sebahagian kecil penghuni. Kami turut menurunkan beberapa nasihat dan petua berdasarkan petunjuk agama untuk menanganinya.

Merawat Asrama (1) Merawat Asrama (2) Merawat Asrama (3) Merawat Asrama (4) Merawat Asrama (5) Merawat Asrama (6)

%d bloggers like this: