Archive for 30 Jun 2013


Tarikh : 29 Jun 2013 (Sabtu)

Lokasi : Dewan Datuk Asmali Bachi, Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah

Bagi pihak maahad mengucapkan setinggi penghargaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana sudi membawa datang ke maahad kami Brother Lim Jooi Soon, seorang pendakwah yang terkenal dalam bidang perbandingan agama. Saya sendiri satu ketika sekitar 6-7 tahun sudah pernah mengaji ilmu perbandingan agama dengan beliau juga anjuran JAKIM, dalam siri Training of Trainer.

Alhamdulillah, warga maahad mendapat banyak input dan manfaat terhadap ceramah yang disampaikan. Insya Allah sekiranya ada kesempatan lain, akan bertemu lagi. Sebagaimana yang disebutkan oleh puan pengetua, aktiviti-aktiviti bersifat keilmuan seperti ini wajar diberi keutamaan apatah lagi kesemua siswa siswi kami yang menghafaz al-Quran ini bakal berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai warna.

Terima kasih juga buat sahabat saya Ustaz Fadhli Amat dan rombongannya yang sudi menjejakkan kaki ke sini. Insya Allah kerjasama lebih erat selepas ini.

Lim Jooi Soon @ MTQQNS (1) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (2) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (3) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (4) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (5) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (6) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (7) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (8) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (9) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (10) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (11) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (12) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (13) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (14) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (15) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (16) Lim Jooi Soon @ MTQQNS (17)

Tarikh : 28 Jun 2013 (Jumaat)

Lokasi : Surau ar-Rahman, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Selain sebagai individu muslim, para siswa siswi di hadapan saya ada potensi besar sebagai pendakwah dalam masyarakat masing-masing. Mereka menghafaz al-Quran dan terutamanya lelaki kebiasaannya akan menjadi imam baik berjawatan imam atau diminta menjadi imam dalam majlis-majlis tertentu.

Dalam masa yang sama pula, ¬†bacaan kitab rujukan kami ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ sudah tiba ke perbincangan pergerakan solat. Jadi amat sesuai kami melihat semula pergerakan solat yang tepat atau kurang tepat sebagai perbandingan. Segala kesilapan jika berlaku hendaklah diperbaiki agar menepati syarak sementara jamaah pula lebih merasa yakin dengan kredibiliti imam mereka.

Pada masa akan datang, perbincangan akan diteruskan bagi membetulkan bacaan dalam solat pula. Insya Allah.

Amali Solat (1)

Amali Solat (2) Amali Solat (3) Amali Solat (4) Amali Solat (5) Amali Solat (6) Amali Solat (7) Amali Solat (8)

%d bloggers like this: