Tarikh : 25 Jun 2013 (Selasa)
Lokasi : Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Lok Kawi
Aktiviti : Ceramah Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan + Tahlil + Doa Arwah
Jabatan ini tidaklah begitu asing kepada saya kerana sudah beberapa kali diundang di sini. Pernah berkuliah bulanan satu ketika dan beberapa siri ceramah sempena hari kebesaran Islam. Saya ucapkan tahniah kepada warga jabatan ini yang menunjukkan satu kesungguhan untuk berada di majlis seperti ini. Terima kasih atas undangannya.