Keluarga Semester 5 (1)

Hubungan kami di kelas semester 5 Maahad Tahfiz al-Quran boleh dikatakan akrab. Kami sesekali biasa membicarakan tajuk di luar perkara yang rasmi termasuk hal-hal peribadi. Di semester 5, selain bertugas sebagai salah seorang guru tasmik, saya juga mengajar subjek fiqh munakahat. Satu subjek yang menarik walaupun ini kali pertama saya mengajarnya.

Di kalangan para pensyarah maahad, sesekali kami berbincang tentang kreativiti mengajar. Saya memang tiada kemahiran khusus dalam kaedah mengajar kerana tidak terlatih dalam bidang perguruan. Jadi petunjuk rakan-rakan pensyarah sangat diperlukan.

Oleh kerana saya mengajar tentang fiqh munakahat (perkahwinan), pagi semalam kami berbincang tentang bapa masing-masing, satu sosok penting dalam kekeluargaan. Semua 12 orang siswa siswi di kelas kami bercerita tentang bapa masing-masing. Kami akhirnya mengetahui kehebatan dan kebaikan bapa masing-masing.

Saya akan mengenang kisah Tuan Doing bin Hashim, Tuan Abdul Rajak bin Wahab, Tuan Jamil Mustafa, Tuan Calleja @ Mohd Adi, Tuan Suratman Kandorong, Allahyarham Haripuddin Bakar, Tuan Mohd Ilmi Ghulam, Tuan Abdul Danan Kumit, Tuan Rusimin Wasiman, Tuan Narawi Damit, Tuan Amran Hussin dan Tuan Moksin Jais sebagaimana yang dikisahkan oleh anak mereka masing-masing.

Mereka sangat berjasa sehingga anak-anak mereka kini hampir di garisan akhir menghafaz al-Quran. Insya Allah pahala yang bercucuran dan berterusan selama anak-anak mereka beramal dengan al-Quran yang mereka hafaz di dada masing-masing.

Keluarga Semester 5 (2) Keluarga Semester 5 (3)