Archive for 14 Jun 2013


Masjid Kg Sipanggil Putatan

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan

Firman Allah SWT (bermaksud) : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik”.

Kini kita berada pada awal bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Nabi SAW bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskanbahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan.

Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh Alam. Maka Nabi SAW ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.

‘Aishah RA telah berkata : “Rasulullah SAW berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda SAW berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan  aku tidak pernah melihat baginda SAW banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban”.

Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.”

Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada  segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling  baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, membaca al-Quran dan memohon keampunan kepada Allah.

Tarikh : 13 Jun 2013 (Khamis)

Lokasi : Surau Nur Ehsan Kg Bawang Beaufort

Allah SWT telah mengiktiraf Rasulullah SAW sebagai hambaNya menunjukkan suatu tahap kemuliaan kurniaanNya. Allah menggunakan lafaz ‘hambaNya’ bukan rasulNya atau nabiNya kerana penggunaan lafaz hamba itu salah satu membawa erti bahawa baginda SAW dibawa berjalan dengan ruh dan jasadnya sekaligus, bukannya ruh dalam keadaan mimpi sebagaimana dakwaan pihak yang menolak kebenaran peristiwa ini.

Lihatlah apabila Nabi SAW sudah kembali dan menceritakan peristiwa ini kemudiannya, ada pihak yang mengiktiraf dan sebaliknya ada yang mengingkarinya sehingga ada yang murtad. Maka ia menjadi suatu proses pembersihan daripada Allah SWT terhadap hamba-hambaNya, apatah lagi tidak lama selepas itu akan berlaku pula suatu peristiwa yang lebih besar dan menguji mereka iaitu hijrah ke Madinah al Munawwarah.

Israk Mikraj @ Kg Bawang (1) Israk Mikraj @ Kg Bawang (2) Israk Mikraj @ Kg Bawang (3) Israk Mikraj @ Kg Bawang (4) Israk Mikraj @ Kg Bawang (5) Israk Mikraj @ Kg Bawang (6) Israk Mikraj @ Kg Bawang (7) Israk Mikraj @ Kg Bawang (8)

%d bloggers like this: