Fiqh Munakahat

Semester 5 di Maahad Tahfiz kali ini, saya ditawarkan sekaligus dicabar untuk mengisi kuliah fiqh munakahat yang belum pernah saya ajar di Maahad. Pada semester 5 tahun sudah saya mengambil subjek dakwah wal khitobah, dan tahun ini bertukar subjek dengan Ustaz Hj Azlan Bakri yang sebelum ini mengajar subjek fiqh munakahat.

Saya menerima cabaran ini dengan positif dan mengambil peluang untuk mengaji semula bab munakahat ini. Mengajar fiqh munakahat memberi peluang saya bereksperimen dengan keluarga saya di semester 5 ini, selain memenuhi kehendak sukatan pengajian juga boleh menyelami dunia kekeluargaan mereka semua. Insya Allah kami akan saling meneroka dan membongkar kisah-kisah menarik keluarga kami.

Dalam kuliah fiqh munakahat, antara perkara yang disentuh ialah :

Nikah – Hukum pernikahan, kedudukan keluarga dan penjagaannya dalam Islam, perempuan yang haram dinikahi, hukum poligami, muqaddimah pernikahan, rukun nikah, mas kahwin, akad nikah, pembahagian giliran, nusyuz, kecacatan yang membolehkan fasakh nikah.

Talaq – Rujuk, ila’ zihar dan li’an, iddah. Dan lain-lain.