Archive for 1 Jun 2013


Premis sentiasa meriah dengan pengunjungnya yang ingin mendapatkan rawatan daripada perawat-perawat Darussyifa’.

Ada seorang suami yang tabah, datang membawa isterinya yang diuji dengan gangguan makhluk halus. Mereka datang berkali-kali sehingga kami biasa bercerita dengannya.¬†Apabila diruqyah, petugas dan keluarganya bersedia menghadapi ‘amukan’ dan respon agresif daripada jin yang mengganggu pesakit berkenaan.

Ada juga sepasang suami isteri yang membawa bayi yang baru dilahirkan, menurut Ustaz Haji Muchlish, anak berkenaan tidak cukup bulan, kulitnya terlalu nipis sehingga menggelupas. Kasihan melihat si kecil dalam keadaan sedemikian. Semoga Allah SWT menyembuhkannya dan menjadi anak soleh.

Kepulangan setiausaha Darussyifa’ Sabah Sdr Hamran dari Darussyifa’ Bangi membawa vest baru untuk dipakai oleh para perawat. Harganya berpatutan, RM75 sahaja.

Darussyifa' Lok Kawi 310513 (1) Darussyifa' Lok Kawi 310513 (2) Darussyifa' Lok Kawi 310513 (3) Darussyifa' Lok Kawi 310513 (4) Darussyifa' Lok Kawi 310513 (5) Darussyifa' Lok Kawi 310513 (6) Darussyifa' Lok Kawi 310513 (7)

Page FB

Saya melancarkan halaman (page) facebook ‘Abu Nuha Corner’ pada 31 Mei 2013. Insya Allah di sini aktiviti rasmi khususnya aktiviti dakwah bergambar akan dikongsikan. Jom pakat ‘like’.

%d bloggers like this: