Archive for Mei, 2013


Islam Itu Indah

Ada satu rancangan agama dari Indonesia yang menjadi minat kami sekeluarga. Baik saya dan isteri mahupun anak-anak sehingga sekecil si Ubayy yang belum pun berumur 2 tahun itu. Jika saya duduk melihat ingin mengambil idea-idea menarik lewat kupasan bersahaja Ustaz Maulana bersama audien yang bertukar ganti.

Rancangan bicara ‘Islam Itu Indah’ melalui tv saluran Pelangi menarik perhatian kerana pendekatan yang mudah tetapi menyentuh perasaan dan menggeletek hati apabila beliau membuat lelucoan bersahaja tetapi sinis. Beliau membawa contoh-contoh mudah yang berlaku dalam masyarakat, sesekali menyindir halus sosial yang terjebak dengan isu negatif yang dibicarakan.

Topik yang dibawa sangat dekat di hati audien. Tajuk seperti ‘kalau hidup tinggal sehari’, ‘keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW’, ‘malas itu saudar syaitan’, ‘hutang piutang’, ‘motivasi bersedekah’, ‘aqiqah’, ‘anak antara kurnia dan bencana’ dan banyak lagi dikupas secara mudah, tetapi menarik.

Selepas itu, sesi akan tiba-tiba berubah dengan Ustaz Maulana mengubah emosi agar audien semua bermuhasabah, tidak terjebak dengan unsur maksiat yang berkaitan topik yang dibincangkan.

Yang menjadikan bicara ini bertambah menarik apabila ia mempunyai taglinenya sendiri dengan tagline Islamik. Tagline inilah yang memikat audien cilik seperti anak saya si Ubayy tadi walaupun isi perbahasan sedikit pun tidak difahami. Walaupun tidak semua kadang-kadang hujah tidak dipersetujui dan boleh dibincangkan, pendekatan yang kreatif boleh menarik audien yang pelbagai warna dan rencam.

KTHM M24 (1) KTHM M24 (2) KTHM M24 (3) KTHM M24 (4) KTHM M24 (5) KTHM M24 (6)

Tarikh : 22 Mei 2013 (Rabu) 

Penganjur : Jabatan al-Quran & as-Sunnah, UKM & Maahad Tahfiz al-Quran

Perasmi : Tuan Haji Rumaling Epit, Timbalan Pengarah JHEAINS

XPDC UKM (1) XPDC UKM (2) XPDC UKM (3) XPDC UKM (4) XPDC UKM (5) XPDC UKM (6) XPDC UKM (7) XPDC UKM (8) XPDC UKM (9) XPDC UKM (10) XPDC UKM (11) XPDC UKM (12) XPDC UKM (13) XPDC UKM (14)

 

 

Tarikh : 24 Mei 2013 (Jumaat)

Masa : 8.20-10 malam

Lokasi : Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Alhamdulillah, Allah SWT memberikan kesempatan kepada ramai orang pada malam berkenaan untuk mendengar ceramah dan nasihat daripada pendakwah Ustaz Haslin Baharim di Masjid Bandaraya. Ceramah berkenaan adalah antara aktiviti utama sempena Karnival Masjid Bandaraya 2013 selain aktiviti-aktiviti seperti gerai jualan, pameran dan sebagainya.

Seronok saya melihat ramai sahabat-sahabat hadir, terutama muka-muka masjid dan surau, ahli-ahli usrah dan lain-lain. Selain Ustaz Sakaria yang bertindak sebagai pengerusi majlis, saya lihat juga Dr Haji Mingu Jumaan, Pengarah Jabatan Komputer, dan ramai lagi.

Khulasoh yang saya perolehi dalam ceramah beliau ialah 1) setiap orang hendaklah mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan 2) mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam berdakwah kepada masyarakat yang pelbagai latar dan peringkat.

Hanya dua perkara yang hendak saya komen berkenaan ceramah berkenaan. Pertama, saya melihat walaupun kehadiran ramai sebenarnya belum cukup kerana promosi yang mungkin kurang. Tidak kelihatan banyak sepanduk atau poster-poster di masjid surau sekurang-kurangnya di sekitar Kota Kinabalu kerana ini melibatkan seorang tokoh pendakwah yang popular di negara kita.

Komen kedua, sistem pembesar suara masjid yang sangat perlu diperbaiki. Saya kira semua akan mengakui perkara ini, termasuk komentar Ustaz Haslin dalam ceramah tersebut juga ada menyebut secara tidak langsung. Kata orang yang berada di luar masjid, suara penceramah lebih jelas berbanding di dalam.

Apa pun tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala yang berterusan kepada penganjur.

Ustaz Haslin @ MBR (1) Ustaz Haslin @ MBR (2) Ustaz Haslin @ MBR (3) Ustaz Haslin @ MBR (4) Ustaz Haslin @ MBR (5) Ustaz Haslin @ MBR (6) Ustaz Haslin @ MBR (7) Ustaz Haslin @ MBR (8) Ustaz Haslin @ MBR (9)

HIKMAH YANG TERSIRAT

Buku yang baru dibaca :

hikmah-yang-tersirat-

Penulis : Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd

Penerbit : Galeri Ilmu

Harga : RM19.00 / RM21.00

Bukan mudah untuk seseorang menyesuaikan diri di perantauan khasnya di negara yang telah diketahui umum terkenal dengan pergolakan politik yang tidak berkesudahan. Nyawa bagaikan sudah tiada nilai. Pun demikian, apabila bergelar pewgawai diplomat, semua itu perlu dihadapi.

Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri. Diari Seorang Diplomat :  HIKMAH YANG TERSIRAT . Menyentuh hati, menjentik emosi..menginsafkan.

P/s jemput baca blog isteri Allahyarham di sini : http://mawarnafastari.blogspot.com/

Surau Taman Limauan

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Surau an-Nur Taman Limauan, Kinarut Papar

Firman Allah SWT yang menceritakan antara cabaran yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, iaitu berlakunya wabak cintakan kebendaan dan kepimpinan berasaskan harta dan wang :

Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (Wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi (bekalan air) bagi kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.

Atau (sehingga) Engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari hiasan paling mahal (menunjukkan harta kekayaan ); atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah Kitab yang dapat kami membacanya”. Katakanlah (Wahai Muhammad):” Maha suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul ? (Al-Israk)

Para ulama merakamkan kisah Rasulullah S.A.W. ketika baginda menegaskan kepada Adi bin Hatim R.A. seorang pemimpin Arab terkenal sebelum Islamnya, sabda Rasulullah SAW :

“Wahai Adi ! Aku tahu mengapa kamu tidak mahu menerima Islam, kerana  Islam dilihat bersama-sama dengan  orang-orang yang lemah dan tidak ada kekuatan. Akan tetapi akan tiba masanya Islam mencapai kemenangan sehingga harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang mahu menerimanya”.

Demikianlah politik wang atau matlamat kebendaan menjadi wabak yang merosakkan manusia sejak dahulu sehingga sekarang, hilangnya harga diri manusia yang dijadikan Allah berakal dan fikiran supaya dapat menilai benar dan salah serta menggunakan harta menjadi alat, bukan diperalatkan oleh harta  yang tidak berakal.

Apabila harta menjadi matlamat, maka hilanglah nilai kemanusiaan yang mulia serta martabatnya yang tinggi jatuh lantas menjadi hina. Akhirnya menjerumuskan diri sendiri lebih hina dan menghinakan bangsa serta umat. Kerana pada masa itu segala pertimbangan akal dan petunjuk Allah ditolak apabila harta menjadi ukuran benar dan salah.

Kenduri Poknik (2)

Genap seminggu pemergian sahabat yang dikasihi.

Sahabat-sahabat menginfak untuk mengadakan majlis tahlil dan doa di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral sejak 16 Mei sehingga malam ini. Menariknya semua makan minum disumbang sepenuhnya oleh sahabat-sahabat bergilir-gilir. Demikianlah sepatutnya apabila sahabat kita menghadapi musibah, sahabat lain turun membantu.

Malam ini juga kami berbincang beberapa perkara. Antaranya sebagai menghargai sumbangan Allahyarham Poknik, pengajian anaknya di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan ditanggung sepenuhnya sehingga selesai. Begitu juga salah seorang anak lelaki Allahyarham akan dimasukkan ke Pusat Pendidikan Islam an-Nur (Tahfiz) juga dengan ditanggung sepenuhnya.

Kami tetap mengingati bahawa beliau antara pengasas awal sekolah ini sejak 2 tahun lalu dan beliau memang berharap salah seorang anaknya dapat menuntut di sini. Kami tidak dapat memberi banyak wang dan harta tetapi insya Allah, melalui sekolah ini, anak beliau dapat belajar akademik dan tahfiz secara serentak. Apabila besar, si anak dapat berbakti kepada orang tuanya menurut kefahaman agama Islam yang sahih.

Kenduri Poknik (1) Kenduri Poknik (3) Kenduri Poknik (4)

rumah_mb

(Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor  Pasir, Wakaf Bharu…walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan).

Sumber : di sini

Rossem,23 Mei 2013 

SETIAP orang mimpikan sebuah rumah gadang (besar/ mewah) tempat istirehat keluarga dengan taman yang indah dan punya kolam renang yang cantik. Tapi tak semua orang memilikinya walaupun diketahui punya kemampuan pada hitungan zahirnya.

Suatu sore,  seminggu  selepas PRU13, saya berkunjung ke rumah Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik, Datuk Haji Ahmad Yakob di kampung  Alor Pasir, Wakaf Bharu. Oleh kerana sudah mengetahui kondisi rumahnya sedemikian rupa,  justeru saya tak terkejut. Sebuah rumah kayu (papan)  beratap asbestos yang amat sederhana, model tahun 1980an, bercat hijau, dengan halaman yang sempit,  langsung tak menggambarkan sebuah rumah yang dimiliki seorang bernama Menteri Besar.

Benar, Ustaz Ahmad Yakob atau akrab Ustaz Mat saat saya mengunjungi rumahnya baru kurang lebih seminggu menjadi Menteri Besar Kelantan, tetapi sebelum itu ia menduduki jawatan Timbalan Menteri Besar selama  sembilan tahun (2004 – 2013), kalau mahu bikin rumah mewah juga bisa, tapi tak dilakukannya.

Melihat kondisi rumahnya, teringat akan rumah kediaman Mursyidul Am PAS dan mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka. Sebuah rumah lama dibina dari kayu, bercat hijau. Rumah  Ustaz Mat juga mirip rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sedikit tambahan konkrit di bahagian dapurnya.   Realitinya, bukan itu saja,  bahkan banyak lagi rumah- rumah kediaman kelas rakyat marhaen yang menjadi tempat tinggal  wakil-wakil rakyat PAS bersama keluarga.

Bahkan ada di antara ahli Exco Kerajaan Kelantan sendiri sehingga kini menumpang di rumah orangtuanya setelah menjual rumah mewah di Kuala Lumpur yang dibeli ketika sebelum terjun bidang politik.   Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah juga punya rumah kediaman yang dibina dari kayu tinggalan almarhum ayahnya yang bersambung dengan masjid.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah tinggal di rumah kecil dalam kawasan pondok Pasir Tumboh dengan sejumlah  keluarga yang ramai.  Adun PAS Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, sesiapa yang pernah melihat rumahnya, pasti tertanya-tanya; apakah benar ini rumah Yang Berhormat Wakil Rakyat?

Faisal Badwi

Faisal anak muda dari Pitas, sebuah daerah di utara Negeri Sabah. Setahun lebih kurang berada bersama kami di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan sebagai noja dan tukang masak. Ia banyak memudahkan kerja-kerja pembersihan dan penjagaan surau.

Anak muda ini istimewa di sisi kami. Seorang yang ringan tulang, berbakat dalam masakan serta pandai mengurut pula. Mudah dibawa berbincang dan membantu mana urusan lain. Sudah tentu kalangan kami yang paling banyak menggunakan khidmat dan kudrat Faisal ialah Ustaz Mohammad Suaid, timbalan pengerusi Jk surau.

Faisal Badwi kini mahu menyambung pengajian agama di negeri Kedah. Berguru bersama para ulama’ di sana di Darul Hadith, Alor Setar dibawah seliaan Sheikh Zainul Asri Haji Romli. Minatnya mendalami agama masih belum padam khususnya bagi membantu daerahnya sendiri di Pitas suatu hari nanti.

Kami tahu beliau bukan daripada keluarga yang senang. Justeru bagi yang mempunyai kelebihan harta untuk menyumbang memudahkan urusan beliau sepanjang pengajiannya. Faisal diterbangkan pada petang khamis ke KLIA dan seterusnya ke Alor Setar. No akaun : Maybank : 160 184 058 380. Hubungi Faisal sendiri untuk keterangan lanjut : 014-5505071.

Tarikh : 20 Mei 2013 (Isnin) 

Tempat : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Ini acara santai yang diurus sepenuhnya oleh siswa siswi maahad melalui persatuan pelajar. Hari ini kami ‘diulun’ dengan bermacam-macam acara padang dan dewan. Ia hari yang membahagiakan, suatu ruang yang kami berpeluang lebih akrab dengan anak didik sendiri di luar dari bilik kuliah.

Di hujung program, apabila acara penutup mereka semua tampil di hadapan kami mengucapkan selamat, banyak air mata yang tumpah. Alhamdulillah setakat pengalaman yang sedikit, siswa siswi maahad sangat tidak pernah menyakiti hati saya sendiri dan pergaulan boleh dikatakan sangat akrab terutama di kalangan siswa siswi yang senior.

Terima kasih di atas penganjuran yang bermakna. Saya akan mengingatinya. Semoga Allah SWT memberkati kalian.

Hari Guru 2013 MTQQNS (1) Hari Guru 2013 MTQQNS (2) Hari Guru 2013 MTQQNS (3) Hari Guru 2013 MTQQNS (4) Hari Guru 2013 MTQQNS (5) Hari Guru 2013 MTQQNS (6) Hari Guru 2013 MTQQNS (7) Hari Guru 2013 MTQQNS (8) Hari Guru 2013 MTQQNS (9) Hari Guru 2013 MTQQNS (10) Hari Guru 2013 MTQQNS (11) Hari Guru 2013 MTQQNS (12) Hari Guru 2013 MTQQNS (13) Hari Guru 2013 MTQQNS (14) Hari Guru 2013 MTQQNS (15) Hari Guru 2013 MTQQNS (16) Hari Guru 2013 MTQQNS (17) Hari Guru 2013 MTQQNS (18)

%d bloggers like this: