Ustaz Kamal Ashari @ Surau Austral

 

Tarikh : 29 Mei 2013 (Rabu)

Tempat : Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan

Ramai manusia yang beragama Islam – apatah lagi dilahirkan sebagai muslim – tidak merasakan Islam dan iman sebagai suatu nikmat kerana islam yang ada pada diri masing-masing didapati secara automatik. Tidak seperti makan minum ramai yang mengucapkan tahmid alhamdulillah kerana merasa susah atau sekurang-kurang  nampak berusaha untuk mendapatkannya.

Semestinya umat Islam memikir sebentar kenapa Allah SWT memilih kita sebagai seorang muslim? Sebagaimana hidup ini tidak semua dipilih oleh Allah SWT sebagai seorang muslim. Justeru syukuri nikmat sebagai muslim dan mukmin dengan lidah dan perbuatan, mengikut segala perintah Allah SWT yang memberikan nikmat tersebut. Allah SWT memberikan nikmat iman dan Islam bukan saja-saja, tetapi kerana Allah SWT sayang kepada kita.

Tiga sifat Islam yang membuktikan Allah sayang kepada kita :

1) Islam itu tidak membebankan; (Toha : 2)

2) Islam itu senang dan tidak menyusahkan; (al-Baqarah : 185)

3) Islam itu untuk kita.  (al-Isra : 7)

Justeru lakukanlah ibadah itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh ketaatan, tidak perlu malas-malas, riyak atau sambil lewa kerana akhirnya amalan itu bukan untuk memberi untung Allah SWT tetapi untuk diri kita sendiri.