Archive for 29 Mei 2013


MEMBOWLING DI CENTRE POINT

Lama tidak turun membowling.

Mainan ini bukan juga kegemaran saya, hanya sekadar suka-suka mengisi masa. Permainan kali ini cukup berbeza apabila beraksi bersama-sama syabab yang cintakan Islam. Menarik, setiap kali bola bergolek laju menghasilkan jatuhan ‘strike’, kami beramai-ramai melaungkan takbir Allahu Akbar.

Membowling (1) Membowling (2) Membowling (3) Membowling (4) Membowling (5) Membowling (6) Membowling (7)

Abg Rahmat Abd Rahman

Jamaah tetap Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah sangat mengetahui bahawa saya memang selalu lambat datang untuk menyampaikan kuliah maghrib setiap selasa malam rabu menggunakan kitab Indahnya Hidup Bersyariat.

Masjid ini setahu saya tidak punya imam qaryahnya sendiri mahupun imam rawatib lantikan kerajaan. Hanya sesama jamaah mereka ‘menyorong’ sesiapa yang difikirkan layak untuk menjadi imam setiap waktu solat. Jika berbetulan ada ustaz yang punya kuliah, maka dialah yang akan menjadi imam.

Salah seorang sukarelawan imam ialah abang Abd Rahman Abd Rahmat, salah seorang JK di masjid ini. Beliau tinggal di taman ini – taman jumbo – aktif mengatur ceramah dan kuliah. Setahu saya keluarga besarnya berasal dari Sandakan dan menetap di Kota Kinabalu khususnya di Kampung Likas. Keluarga mereka mempunyai restoran ‘Hajah Che Yam’ di tingkat 2 Wisma MUIS, mengambil sempena nama ibu mereka.

Tulisan ini tiada motif apa-apa melainkan menggambarkan kesukaan dan penghargaan saya kepadanya. Beliau secara peribadinya, mempunyai jasa yang tidak sedikit kepada diri saya selama bertugas di Bahagian Penyelidikan & Informasi JHEAINS antara tahun 2008-2011. Jasanya biarlah hanya diketahui oleh kami yang sudah mengetahuinya.

Semoga Allah memberkati hidup beliau sekeluarga.

%d bloggers like this: