Archive for 27 Mei 2013


MARINA & JAINI

Tarikh : 26 Mei 2013

Lokasi : Rumah Pengantin Perempuan @ Kg Pangkalan Abai Kota Belud

Alhamdulillah, konvoi kami rombongan dari Surau Riyadhus Solihin Taman Austral diketuai oleh Ustaz Mohammad Suaid tiba di lokasi pada jam 11.45 pagi. Rombongan kami sekitar 30 orang dengan beberapa kenderaan, bertolak dari surau sejam setengah sebelum itu.

Ustazah Marina adalah rakan baik isteri saya, mengajar bersama-sama di Pusat Pendidikan Islam an-Nur Kepayan, bersebelahan Surau Riyadhus Solihin Taman Austral sejak beberapa tahun lalu. Sebenarnya kami sampai di perkarangan rumah berkenaan, pengantin perempuan belum bersedia. Jadi foto terakhir yang dimuatkan di dalam blog ini saya copet dari fb beliau sendiri.

Sesuatu yang mencuit hati saya apabila melihat pinggan bersalut plastik, biasanya bertujuan untuk memudahkan urusan pihak dapur. Tidak perlu cuci pinggan, buka plastik dan buang sahaja. Sebenarnya, ini mengingatkan amalan semasa belajar di Mesir dahulu yang menggunakan kaedah yang sama.

Tahniah kepada suami isteri yang baru disatukan. Semoga Allah SWT memberkati keluarga ini.

Kenduri Marina (1) Kenduri Marina (2) Kenduri Marina (3) Kenduri Marina (4) Kenduri Marina (5) Kenduri Marina (6) Kenduri Marina (7)

marina

Rawatan Darussyifa' Lok Kawi (5)

Tarikh : 25 Mei 2013 (Sabtu)

Tempat : Pusat Rawatan Darussyifa’ Lok Kawi 

Pusat rawatan ini semakin galak menerima tetamunya. Selepas sesi rawatan malam tersebut, kami memutuskan agar lebih konsisten khidmat rawatan pada sabtu malam ahad selain jumaat malam sabtu yang telah berjalan sebelum ini.

Dua perkara untuk menyebarluaskan pengubatan Islam ini. Pertamanya, kami akan mengadakan jaulah dakwah ke daerah Keningau pada hujung bulan jun insya Allah. Jangkaannya, sabtu dan ahad, bergerak pada petang sabtu, ceramah serentak pada malamnya di beberapa buah masjid dan esoknya pengubatan terbuka di sebuah masjid terpilih.

Kedua, pada ramadhan nanti kami bercadang memakmurkan pusat rawatan ini dengan solat tarawih dan witir yang akan dibuka kepada masyarakat yang berminat hadir. Objektifnya agar Darussyifa’ lebih dikenali dan mesra masyarakat. Insya Allah pada ramadhan jika rancangan berjalan lancar, selepas majlis tarawih dan witir itu boleh diadakan sesi rawatan jika ada pesakit.

Ini jadual rawatan setakat ini :

Jumaat : 8.00 – 11.30 malam

Sabtu : 9.00 pagi – 12.00 tengahari  & 8.00 – 11.30 malam

Sila bawa air mineral untuk dibacakan zikir-zikir dan doa yang ma’thur. Rawatan adalah percuma. Walaubagaimanapun sumbangan adalah dialu-alukan.

Rawatan Darussyifa' Lok Kawi (1) Rawatan Darussyifa' Lok Kawi (2) Rawatan Darussyifa' Lok Kawi (3) Rawatan Darussyifa' Lok Kawi (4)

%d bloggers like this: