Kenduri Poknik (2)

Genap seminggu pemergian sahabat yang dikasihi.

Sahabat-sahabat menginfak untuk mengadakan majlis tahlil dan doa di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral sejak 16 Mei sehingga malam ini. Menariknya semua makan minum disumbang sepenuhnya oleh sahabat-sahabat bergilir-gilir. Demikianlah sepatutnya apabila sahabat kita menghadapi musibah, sahabat lain turun membantu.

Malam ini juga kami berbincang beberapa perkara. Antaranya sebagai menghargai sumbangan Allahyarham Poknik, pengajian anaknya di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan ditanggung sepenuhnya sehingga selesai. Begitu juga salah seorang anak lelaki Allahyarham akan dimasukkan ke Pusat Pendidikan Islam an-Nur (Tahfiz) juga dengan ditanggung sepenuhnya.

Kami tetap mengingati bahawa beliau antara pengasas awal sekolah ini sejak 2 tahun lalu dan beliau memang berharap salah seorang anaknya dapat menuntut di sini. Kami tidak dapat memberi banyak wang dan harta tetapi insya Allah, melalui sekolah ini, anak beliau dapat belajar akademik dan tahfiz secara serentak. Apabila besar, si anak dapat berbakti kepada orang tuanya menurut kefahaman agama Islam yang sahih.

Kenduri Poknik (1) Kenduri Poknik (3) Kenduri Poknik (4)