Archive for 23 Mei 2013


Kenduri Poknik (2)

Genap seminggu pemergian sahabat yang dikasihi.

Sahabat-sahabat menginfak untuk mengadakan majlis tahlil dan doa di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral sejak 16 Mei sehingga malam ini. Menariknya semua makan minum disumbang sepenuhnya oleh sahabat-sahabat bergilir-gilir. Demikianlah sepatutnya apabila sahabat kita menghadapi musibah, sahabat lain turun membantu.

Malam ini juga kami berbincang beberapa perkara. Antaranya sebagai menghargai sumbangan Allahyarham Poknik, pengajian anaknya di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan ditanggung sepenuhnya sehingga selesai. Begitu juga salah seorang anak lelaki Allahyarham akan dimasukkan ke Pusat Pendidikan Islam an-Nur (Tahfiz) juga dengan ditanggung sepenuhnya.

Kami tetap mengingati bahawa beliau antara pengasas awal sekolah ini sejak 2 tahun lalu dan beliau memang berharap salah seorang anaknya dapat menuntut di sini. Kami tidak dapat memberi banyak wang dan harta tetapi insya Allah, melalui sekolah ini, anak beliau dapat belajar akademik dan tahfiz secara serentak. Apabila besar, si anak dapat berbakti kepada orang tuanya menurut kefahaman agama Islam yang sahih.

Kenduri Poknik (1) Kenduri Poknik (3) Kenduri Poknik (4)

rumah_mb

(Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor  Pasir, Wakaf Bharu…walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan).

Sumber : di sini

Rossem,23 Mei 2013 

SETIAP orang mimpikan sebuah rumah gadang (besar/ mewah) tempat istirehat keluarga dengan taman yang indah dan punya kolam renang yang cantik. Tapi tak semua orang memilikinya walaupun diketahui punya kemampuan pada hitungan zahirnya.

Suatu sore,  seminggu  selepas PRU13, saya berkunjung ke rumah Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik, Datuk Haji Ahmad Yakob di kampung  Alor Pasir, Wakaf Bharu. Oleh kerana sudah mengetahui kondisi rumahnya sedemikian rupa,  justeru saya tak terkejut. Sebuah rumah kayu (papan)  beratap asbestos yang amat sederhana, model tahun 1980an, bercat hijau, dengan halaman yang sempit,  langsung tak menggambarkan sebuah rumah yang dimiliki seorang bernama Menteri Besar.

Benar, Ustaz Ahmad Yakob atau akrab Ustaz Mat saat saya mengunjungi rumahnya baru kurang lebih seminggu menjadi Menteri Besar Kelantan, tetapi sebelum itu ia menduduki jawatan Timbalan Menteri Besar selama  sembilan tahun (2004 – 2013), kalau mahu bikin rumah mewah juga bisa, tapi tak dilakukannya.

Melihat kondisi rumahnya, teringat akan rumah kediaman Mursyidul Am PAS dan mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka. Sebuah rumah lama dibina dari kayu, bercat hijau. Rumah  Ustaz Mat juga mirip rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sedikit tambahan konkrit di bahagian dapurnya.   Realitinya, bukan itu saja,  bahkan banyak lagi rumah- rumah kediaman kelas rakyat marhaen yang menjadi tempat tinggal  wakil-wakil rakyat PAS bersama keluarga.

Bahkan ada di antara ahli Exco Kerajaan Kelantan sendiri sehingga kini menumpang di rumah orangtuanya setelah menjual rumah mewah di Kuala Lumpur yang dibeli ketika sebelum terjun bidang politik.   Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah juga punya rumah kediaman yang dibina dari kayu tinggalan almarhum ayahnya yang bersambung dengan masjid.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah tinggal di rumah kecil dalam kawasan pondok Pasir Tumboh dengan sejumlah  keluarga yang ramai.  Adun PAS Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, sesiapa yang pernah melihat rumahnya, pasti tertanya-tanya; apakah benar ini rumah Yang Berhormat Wakil Rakyat?

%d bloggers like this: