Faisal Badwi

Faisal anak muda dari Pitas, sebuah daerah di utara Negeri Sabah. Setahun lebih kurang berada bersama kami di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan sebagai noja dan tukang masak. Ia banyak memudahkan kerja-kerja pembersihan dan penjagaan surau.

Anak muda ini istimewa di sisi kami. Seorang yang ringan tulang, berbakat dalam masakan serta pandai mengurut pula. Mudah dibawa berbincang dan membantu mana urusan lain. Sudah tentu kalangan kami yang paling banyak menggunakan khidmat dan kudrat Faisal ialah Ustaz Mohammad Suaid, timbalan pengerusi Jk surau.

Faisal Badwi kini mahu menyambung pengajian agama di negeri Kedah. Berguru bersama para ulama’ di sana di Darul Hadith, Alor Setar dibawah seliaan Sheikh Zainul Asri Haji Romli. Minatnya mendalami agama masih belum padam khususnya bagi membantu daerahnya sendiri di Pitas suatu hari nanti.

Kami tahu beliau bukan daripada keluarga yang senang. Justeru bagi yang mempunyai kelebihan harta untuk menyumbang memudahkan urusan beliau sepanjang pengajiannya. Faisal diterbangkan pada petang khamis ke KLIA dan seterusnya ke Alor Setar. No akaun : Maybank : 160 184 058 380. Hubungi Faisal sendiri untuk keterangan lanjut : 014-5505071.