Sesi rawatan di Pusat Rawatan Darussyifa’ Lok Kawi semakin galak dengan pesakit yang datang.  Insya Allah di sini kekerapan rawatan akan ditambah kepada dua malam iaitu pada jumaat malam sabtu dan sabtu malam ahad bermula jam 8-11 malam. Secara purata sehingga operasi rawatan berlangsung, kami menerima sekitar 15 pesakit setiap sesi.

Bukanlah bermakna perawat-perawat ini suka dengan orang yang sakit. Tetapi dari satu sisi, mendapatkan rawatan dengan kaedah yang diterima dan dianjur di dalam Islam adalah satu amalan yang terpuji. Bukan suatu rahsia, masih ramai kalangan masyarakat yang mendatangi bomoh dan pawang yang melakukan amalan khurafat.

Di sini kami berpeluang memasukkan unsur dakwah yang asas kepada pesakit dan keluarga yang turut serta seperti memperingatkan mereka tentang solat 5 waktu, menutup aurat, mengamalkan zikir-zikir asas dan lain-lain. Dari segi emosinya, orang yang sakit lebih mudah menerima cadangan dan nasihat orang lain. Justeru jika pesakit yang mempunyai asas akidah yang baik, mereka tidak akan terarah kepada ‘nasihat’ yang salah.

Darussyifa' Lok Kawi (1) Darussyifa' Lok Kawi (2) Darussyifa' Lok Kawi (3)