Archive for 21 Mei 2013


 

Sesi rawatan di Pusat Rawatan Darussyifa’ Lok Kawi semakin galak dengan pesakit yang datang.  Insya Allah di sini kekerapan rawatan akan ditambah kepada dua malam iaitu pada jumaat malam sabtu dan sabtu malam ahad bermula jam 8-11 malam. Secara purata sehingga operasi rawatan berlangsung, kami menerima sekitar 15 pesakit setiap sesi.

Bukanlah bermakna perawat-perawat ini suka dengan orang yang sakit. Tetapi dari satu sisi, mendapatkan rawatan dengan kaedah yang diterima dan dianjur di dalam Islam adalah satu amalan yang terpuji. Bukan suatu rahsia, masih ramai kalangan masyarakat yang mendatangi bomoh dan pawang yang melakukan amalan khurafat.

Di sini kami berpeluang memasukkan unsur dakwah yang asas kepada pesakit dan keluarga yang turut serta seperti memperingatkan mereka tentang solat 5 waktu, menutup aurat, mengamalkan zikir-zikir asas dan lain-lain. Dari segi emosinya, orang yang sakit lebih mudah menerima cadangan dan nasihat orang lain. Justeru jika pesakit yang mempunyai asas akidah yang baik, mereka tidak akan terarah kepada ‘nasihat’ yang salah.

Darussyifa' Lok Kawi (1) Darussyifa' Lok Kawi (2) Darussyifa' Lok Kawi (3)

Tarikh : 20 Mei 2013 (Ahad)

Tempat : Pusat Pelancongan Tinukadan, Kampung Mongkusilad Moyog Penampang

Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan apabila kami sekeluarga bersama sahabat-sahabat jamaah surau Riyadhus Solihin Taman Austral bersama keluarga masing-masing termasuk anak-anak muda mengadakan rihlah di Moyog semalam.

Perjalanan dari surau ke lokasi mengambil masa sekitar 45 minit, dengan masing-masing membawa makanan dan kemudian dikongsikan beramai-ramai. Sebahagian kami tidak pernah datang ke tempat menarik ini manakala sebahagian memang selalu berkunjung setiap bulan.

Entahkah lokasi ini tidak diketahui ramai atau memang tidak digemari, sebab berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang selalu berkunjung di sini memang tidak ramai orang awam yang datang. Kebiasaannya apabila mengadakan rihlah di sini, tidak ada individu atau kumpulan lain yang datang menyebabkan suasana terkawal.

Ada kawasan air yang cetek, sederhana dan dalam, ada kawasan yang sedikit tersorok, semuanya memudahkan pilihan mandi manda untuk kanak-kanak, muslimat, juga kepada mereka yang tidak tahu berenang. Terima kasih sahabat-sahabat yang menunjukkan lokasi menarik ini dan kami berhajat untuk datang lagi ke sini pada masa akan datang.

Rihlah @ Moyog (1) Rihlah @ Moyog (2) Rihlah @ Moyog (3) Rihlah @ Moyog (4) Rihlah @ Moyog (5) Rihlah @ Moyog (6) Rihlah @ Moyog (7) Rihlah @ Moyog (8) Rihlah @ Moyog (9) Rihlah @ Moyog (10) Rihlah @ Moyog (11) Rihlah @ Moyog (12) Rihlah @ Moyog (13) Rihlah @ Moyog (14)

%d bloggers like this: