Minggu yang agak suram buat saya khususnya apabila Allah SWT memanggil pulang teman baik kami yang juga pengasas kelas ini, Allahyarham Cikgu Nik Suhaimi pada pagi khamis.  Justeru kelas untuk remaja pada malam jumaat ditangguhkan kerana memberi laluan untuk majlis tahlil. Saya utuskan juga jemputan kepada semua peserta untuk meramaikan majlis berkenaan.

Kelas untuk kanak-kanak dan dewasa diteruskan. Kelas dewasa walaupun agak berkurangan malam ini, tetapi selalu memberi kejutan kepada kami. Malam itu ada peserta membuat keputusan untuk menghafaz bermula surah al-Baqarah. Ali Hud pemuda yang bersuara merdu dari Kinarut, Puan Hajjah Azizah Ahmad dan peserta terbaru kami Sdr Osman orang Kg Pasir Putih. Ini satu perkembangan baik dan persaingan sihat.

Alhamdulillah.

KTHM M23 (1) KTHM M23 (2) KTHM M23 (3) KTHM M23 (4) KTHM M23 (5)