Archive for 13 Mei 2013


Hari Bomba Sabah (2)

Malam ini saya dijemput ke Surau Quarters Bomba di Sepanggar, sempena majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena menyambut Hari Bomba. Saya dimaklumkan sambutan hari bomba berkenaan sebenarnya pada 4 Mei lepas tetapi ditangguhkan kerana musim pilihanraya.

Dalam majlis berkenaan, dua kali saya diminta memberi tazkirah. Sekali sebelum maghrib, saya sentuh tentang berbuat baik dalam kehidupan, menepati kehendak Islam baik kepada Allah, manusia dan alam. Sehingga Nabi SAW mengajar kita berbuat baik kepada haiwan dalam sembelihan sekalipun.

Tazkirah kedua menanti isyak selepas majlis tahlil, menyentuh tentang penyaksian diri manusia sendiri terhadap kelakuan masing-masing. Tangan dan kaki menjadi saksi sebagaimana kisah di dalam surah Yasin, begitu juga kulit manusia dan lain-lain. Oleh itu, jika setiap hamba Allah SWT meyakini dan mengimani perkara ini, banyak maksiat dan jenayah akan selesai.

Terima kasih undangan sahabat-sahabat dari bomba Sabah, terutama tuan pengarah dan warga bomba. Sesungguhnya usaha dan tugas kalian melakukan kebaikan, membantu orang dalam kesusahan adalah sesuai dengan ajaran Islam. Ikhlaskan diri kepadaNya dan sentiasa muhasabah diri.

Hari Bomba Sabah (1) Hari Bomba Sabah (3) Hari Bomba Sabah (4) Hari Bomba Sabah (5)

20130405_101801

%d bloggers like this: