Ini program sambutan Halawatul Ukhuwah 2013 sesi kedua yang diadakan di Pusat Latihan Binsulok Membakut untuk semua warga Maahad khususnya siswa-siswi baru yang telah mendaftar sejak awal minggu ini.
Banyak aktiviti diadakan di sini, termasuk majlis menghafaz al-Quran untuk siswa siswi baru – ujian bagi surah Luqman dan as Sajdah, slot-slot latihan dalam kumpulan (LDK), acara riadhah dan pelbagai aktiviti lain. Puan Pengetua, Ustazah Hiryanti Haji Tabin dan pensyarah lain turut berada dan bermalam di sini selama 2 malam sehingga program berakhir tengahari ahad.