Archive for 11 Mei 2013


BANTU AZHAN ATAN

Mohon sumbangan untuk sahabat kita saudara Azhan Atan, bekas juara Akademi Nasyid.

Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuangan…

Ana ketika ini mengalami masalah penglihatan yang semakin kabur & amat sukar untuk bergerak. Setelah menjalani pemeriksaan mata maka pembedahan buang selaput luar perlu dilakukan segera dengan anggaran kos hampir RM15K..

Ana mohon bantuan dari sahabat-sahabat yang sudi membantu ana. Syukran 01014020259224 BANK ISLAM

– AZHAN BIN ATAN.

20130510_144942

Sebagainya saya catatkan beberapa hari sudah, kami sudah menerima hampir 30 siswa siswi baru untuk memulakan penghidupan baru di Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Sabah. Seperti juga tahun lalu, saya ada mencatatkan lewat blog ini permohonan sumbangan buku tersebut di atas : ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ yang akan digunakan dalam siri kuliah maghrib setiap jumaat malam sabtu.

Justeru tahun ini saya berbesar hati memberi peluang sahabat-sahabat pembaca setia blog Abu Nuha Corner untuk menginfaqkan sedikit wang bagi membeli 30 buah buku yang dimaksudkan. Buku ini akan diagihkan kepada siswa siswi baru dan menjadi rujukan dalam kuliah berkenaan. Kuliah dijangka akan bermula 2 minggu daripada sekarang.

Sebuah buku berharga RM50.00 sahaja. Yang berminat untuk menyumbang boleh pm ke facebook saya : Muhammad Akmal Othman.

%d bloggers like this: