Minggu ini juga seperti minggu sudah, hanya ada kelas untuk remaja, memandangkan pada petang jumaat hari ini saya sekeluarga ke luar daerah. Kami menyertai program sambutan siswa-siswi baru Maahad sesi kedua di Binsulok Membakut sehingga tengahari ahad. Jadi kelas untuk kanak-kanak dan dewasa ditangguhkan.

Di hujung kelas, kami bergambar kenangan dengan salah seorang peserta kelas. Dia memaklumkan akan menyambung pengajian di Tawau. Jadi mungkin ini minggu-minggu terakhirnya di Kota Kinabalu. Seorang peserta yang memberikan komitmen dari segi hafazan. Semoga beliau terus istiqamah dengan hafazan di Tawau nanti.

KTHM, M22 (1) KTHM, M22 (2) KTHM, M22 (3) KTHM, M22 (4) KTHM, M22 (5) KTHM, M22 (6) KTHM, M22 (7) KTHM, M22 (8) KTHM, M22 (9) KTHM, M22 (10) KTHM, M22 (11) KTHM, M22 (12)