Archive for 2 Mei 2013


Takziah diucapkan kepada tuan rumah seisi keluarga di Kampung Muhibbah Baru, bersebelahan dengan Taman Jumbo Lorong 10, apabila rumah besar tersebut musnah dalam kebakaran malam ini. Saya mendapat makluman awal daripada isteri pada jam 9.30 malam sedang saya berada dalam perjalanan pulang di Kepayan.

Hati saya berdebar melihat dari jauh seperti lokasi musibah berhampiran dengan rumah kami. Apabila saya memasuki kawasan taman perumahan, kelihatan polis sedang berkawal dan beberapa jentera bomba sudah berada di kawasan berhampiran. Saya pulang terlebih dahulu dan naik basikal ke lokasi kejadian.

Cakap-cakap orang ramai yang menyaksikan kebakaran mengatakan ada litar pintas sebagai punca kejadian. Dalam kecoh-kecoh itu, ada yang bercerita tentang sejarah pahit di kawasan berhampiran yang juga pernah ditimpa musibah kebakaran yang sama beberapa tahun sudah.

Allahu akbar, semoga tuan rumah bersabar di atas musibah yang melanda.

Kebakaran di Kg Muhibbah Baru (1) Kebakaran di Kg Muhibbah Baru (2)

Minggu ini hanya ada kelas untuk remaja, memandangkan sabtu saya balik ke kampung untuk mengundi PRU13. Maka tiada kelas untuk kanak-kanak dan dewasa.

KTHM M21 (1) KTHM M21 (2) KTHM M21 (3) KTHM M21 (4) KTHM M21 (5)

%d bloggers like this: