Tarikh : 18 April 2013 (Khamis)

Tempat : Surau Ibu Pejabat Polis Karamunsing

Kehadiran ke surau ini merupakan satu nostalgia kerana saya pernah mengajar mengaji al-Quran di sini lebih 10 tahun lampau. Ada beberapa orang murid saya yang kesemuanya anak-anak polis. Barangkali kini mereka semua sudah berkahwin dan beranak pinak. Ketika itu ada yang masih sekolah rendah tahap dua, dan ada juga yang sekolah menengah dan ada yang sudah bekerja.

Kali ini, sahabat saya Ustaz Abdullah Musnih yang bertugas di Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) IPD Karamunsing mengundang saya berceramah atas tajuk ‘Tahsin al-Quran’. Agak sukar juga apabila asas tajwid yang perlu diceritakan semua dalam tempoh 2 jam, sedangkan dalam kelas biasa mengambil masa berbulan atau bertahun.

Apa yang sempat saya sentuh ialah beberapa hadith motivasi berkenaan galakan tilawah al-Quran, hukum nun mati dan tanwin serta beberapa hukum mad sahaja. Hasrat untuk bertalaqqi sekurang-kurangnya surah al-Fatihah tidak kesampaian, semoga ada kesempatan lain. Insya Allah.

Tahsin al-Quran @ IPD Karamunsing (1) Tahsin al-Quran @ IPD Karamunsing (2) Tahsin al-Quran @ IPD Karamunsing (3) Tahsin al-Quran @ IPD Karamunsing (4)