Tarikh : 12 April 2013 (Jumaat)

Lokasi : Asia City Kota Kinabalu

Salah satu kelebihan yang ada pada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ialah keteguhan pemimpinnya terhadap matlamat perjuangan. Mereka diajar dengan tidak meminta jawatan kerana jawatan adalah suatu amanah bukannya kelebihan. Amanah ini akan ditanya oleh Allah SWT dan diminta pertanggunjawaban di akhirat kelak.

Sesudah mereka diberi mandat untuk menjadi calon, pimpinan PAS akan berbai’ah di hadapan kepimpinan tertinggi, contohnya kepada Presiden atau mereka yang diamanahkan khususnya daripada kalangan alim ulamak PAS, berbai’ah atau bersumpah setia atas nama Allah SWT bahawa mereka tidak akan mengkhianati amanah perjuangan ini.

Bai'ah (1) Bai'ah (2) Bai'ah (3) Bai'ah (4) Bai'ah (5) Bai'ah (6)