Tarikh : 7 April 2013 (Ahad)

Masa : 8.00 malam

Lokasi : Kg Nosoob Baru Penampang

Ada dua sebab kenapa saya mahu sangat hadir dan melihat sendiri sambutan ceramah Pakatan Rakyat di sekitar Penampang ini. Sebelum ini ramai teman-teman bercerita tentang sambutan dan  keghairahan masyarakat KDM untuk membuat perubahan dalam PRU13 kali ini.

Pertama, kerana ingin melihat reaksi penduduk dan masyarakat setempat terhadap Pakatan Rakyat. Tambahan pula malam tersebut, sepatutnya bersama mereka ialah Tian Chua yang pada tengaharinya telah dihantar pulang setelah dihalang masuk ke negeri Sabah. Walaupun  jasadnya tidak hadir bersama-sama di sini, Tian Chua dapat juga berceramah melalui talian internet Yahoo Messenger. Justeru, dalam konteks di sini kehadiran antara 700-1000 orang boleh dikira memberansangkan.

Kedua, wakil PAS Sdr Hamid Ismail dijemput untuk berucap. Menariknya di hadapan yang majoritinya non muslim itu, Hamid bercerita tentang hukum hudud, isu pembakaran bible yang pernah disensasikan tidak lama dulu serta isu kalimah Allah. Secara umumnya Hamid berjaya mengutarakan keindahan Islam dengan menyatakan larangan agama Islam terhadap penghinaan agama orang lain. Berkali-kali audien bertepuk tangan mendengar penjelasan Hamid.

PR @ Kg Nosoob (1) PR @ Kg Nosoob (2) PR @ Kg Nosoob (3) PR @ Kg Nosoob (4) PR @ Kg Nosoob (5) PR @ Kg Nosoob (6) PR @ Kg Nosoob (7)