Darussyifa' Lok Kawi (1)

Tarikh : 7 April 2013

Tempat : Pusat Rawatan Darussyifa’ Lok Kawi, Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut Papar

Ini adalah program rasmi yang kedua diadakan di Pusat Rawatan Darussyifa’ Lok Kawi sesudah malam sabtu ada sesi merawat dan mesyuarat di kalangan JK Darussyifa’ Sabah. Pusat Rawatan ini yang kedua sesudah di Bandar Sierra dan ada satu lagi pusat rawatan ketiga di Tawau. 

Kedudukan yang strategik, di penjuru lorong dan kelihatan di tepi jalanraya Papar-Kinarut memudahkan masyarakat berkunjung ke sini. Alhamdulillah setakat seminggu beroperasi, maklumat yang diterima agak memberansangkan.  

Dalam taklimat ringkas, Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim memaklumkan beberapa keputusan mesyuarat terdahulu. Antaranya mengharapkan ahli dan perawat Darussyifa’ membantu daripada segi gerak kerja rawatan pada hari-hari tertentu. Walaupun setakat ini pusat rawatan ini hanya beroperasi pada setiap jumaat malam sabtu dan pagi sabtu sahaja, ia akan ditambah menurut keperluan pada masa akan datang. 

Ustaz Nik Anwar Zakaria, pengerusi Darussyifa’ Bandar Sierra terus mengingatkan perawat agar mengikhlaskan diri kepada Allah SWT, menjaga syariat dan akhlak dalam kehidupan khususnya ketika merawat pesakit yang datang dengan pelbagai masalah dan karenah.