zakat1

Sumber : di sini

Oleh: Haji Ahmad Haji Yassin

KOTA KINABALU – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Haji Amri A Suratman telah menyampaikan sumbangan Pusat Zakat Sabah (PZS) berjumlah RM1,447.200.00 kepada Sekolah Menengah Agama Islam Negeri Toh Puan Hajah Rahmah Kinarut, Sekolah Menengah Agama Islan Negeri Pantai Manis Papar, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat dan Sekolah Agama Islam Negeri (SAN) berjumlah RM1,447,200.00 bagi pembayaran guru-guru agama JHEAINS bagi tahun 2013 dan Sekolah Agama Rakyat RM350,000.00.

Dalam ucapan ringkas di majlis itu, Datuk Haji Amri berkata, pada tahun 2013 ini bantuan Pusat Zakat Sabah telah menaikkan gaji guru SAN daripada RM500.00 kepada RM800.00 manakala Sekolah Menengah Agama Negeri daripada RM750.00 kepada RM1,000.

Peruntukan tahunan dari PZS ini merupakan bantuan bagi membantu sedikit sebanyak mengatasi masalah kekurangan guru di Sekolah Agama Negeri selain melicinkan pentadbiran Sekolah Agama Negeri, katanya.

Tambahnya, bantuan ini juga diberikan melalui peruntukan Tabung Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi MUIS yang telah bersidang pada 24 Disember 2012 yang lalu.

Menyentuh mengenai masa depan pelajar-pejalar lulusan agama, beliau berkata, usaha sedang dijalankan bagi menghantar pelajar-pelajar lulusan agama ini ke dalam jurusan jurutera tahfiz, jurubina tahfiz, ICT tahfiz al-Quran dalam jangka masa yang panjang ini. Ianya akan dapat melahirkan ilmuan sains yang berpaksikan Islam, katanya.

Katanya, selain menghantar pelajar-pelajar ke Mesir kita juga sedang menghantar pelajar-pelajar kita ke Universiti Tenaga Nasional Malaysia (UNITEN) pada tahun ini. Selain itu, beliau juga bekata, pada tahun ini JHEAINS juga akan menaik taraf sekolah-sekolah agama yang dhaif dengan bangunan konkrit secara berperingkat-peringkat bagi memastikan keselesaan pelajar, tegasnya. Hadir sama pada majlis itu, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan JHEAINS, Haji Saifuddin Haji Daud, Ketua Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah, Ustaz Zarakkhan Abdul Rahman dan Ustazah Hajah Aisah Kassan.