Seingat saya hampir setiap Ramadhan beliau berkunjung ke Kota Kinabalu semenjak beliau sekeluarga berpindah ke Perak 3-4 tahun sudah. Namun Ramadhan lalu beliau tidak dapat hadir kerana isterinya baru bersalin. Kunjungan semasa cuti sekolah kali ini, seperti qadha beliau bahkan lebih lagi kerana kali ini beliau datang sekeluarga.

Saya maklum hajat kunjungan beliau sekitar 3 minggu lepas. Beliau berhajat bertemu dengan rakan-rakan lama yang menjadi rakan seperjuangan, rakan-rakan guru, jiran lama dan jamaah semasjid. Bahkan ada kesempatan untuk anak-anaknya bertemu dengan kawan-kawan sepersekolahan. Mulia benar hati beliau suami isteri demi untuk mengerat persaudaraan ini.

Semoga Allah memberkati Che’gu Jamil sekeluarga.

Che'gu Jamil (1) Che'gu Jamil (2)