Archive for 24 Mac 2013


Tarikh : 23 Mac 2013 (Sabtu)

Tempat : Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut

Hari ini berlangsung aktiviti gotong royong di pusat rawatan Darussyifa’ yang terbaru di Sabah selepas Bandar Sierra membuka jalan pada tahun lepas. Setelah beberapa kali pencarian dan perundingan, akhirnya Darussyifa’ Sabah bertemu dengan lokasi yang sesuai untuk mengadakan pusat rawatannya.

Insya Allah mulai bulan April, Pusat Rawatan Darussyifa’ Taman Pantai Lok Kawi akan mula beroperasi setelah kerja-kerja pembersihan dan pembaikan selesai pada bulan ini. Untuk permulaan, pusat rawatan ini akan beroperasi dua kali seminggu :

Jumaat malam sabtu, bermula jam 8 malam (selepas solat isyak)

Sabtu, bermula jam 9 pagi sehingga tengahari.

Dalam mengendali dan melicinkan operasi Pusat Rawatan Darussyifa’ ini, kami mengalu-alukan sumbangan umat Islam yang ingin membantu sama ada dari segi kewangan atau kemudahan lain yang difikirkan sesuai. Mudah-mudahan niat yang baik ini bagi membantu orang ramai akan direstui oleh Allah SWT.

DS Kinarut DS Kinarut2 DS Kinarut3

Darussyifa' Taman Pantai Lok Kawi (1) Darussyifa' Taman Pantai Lok Kawi (2) Darussyifa' Taman Pantai Lok Kawi (3) Darussyifa' Taman Pantai Lok Kawi (4) Darussyifa' Taman Pantai Lok Kawi (5) Darussyifa' Taman Pantai Lok Kawi (6) Darussyifa' Taman Pantai Lok Kawi (8) Darussyifa' Taman Pantai Lok Kawi (9)

PROMOMTQQ

%d bloggers like this: