Archive for 22 Mac 2013


Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah JHEAINS

Tarikh : 17-19 Mac 2013

Tempat : SMAN Pantai Manis Papar

Acara : Bola sepak, bola tampar, bola jaring, sepak takraw, ping pong, lompat jauh, lompat tinggi dll

MSSJ Hari 2 (1) MSSJ Hari 2 (2) MSSJ Hari 2 (3) MSSJ Hari 2 (4) MSSJ Hari 2 (5) MSSJ Hari 2 (6) MSSJ Hari 2 (7) MSSJ Hari 2 (8) MSSJ Hari 2 (9) MSSJ Hari 2 (10) MSSJ Hari 2 (11) MSSJ Hari 2 (12) MSSJ Hari 2 (13) MSSJ Hari 2 (14) MSSJ Hari 2 (15) MSSJ Hari 2 (16) MSSJ Hari 2 (17)

Masjid Kg Pasir Putih Putatan

Khatib : Ustaz Abdul Razak Hamdin

Lokasi : Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih Putatan

Kelebihan Al Quran kepada umat Islam. Perkara ini disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa hadithnya, antaranya:

1. Umat yang terbaik dan cemerlang kerana Al Quran. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya”. (HR Bukhari)

2. Darjat umat Islam akan diangkat kerana Al Quran. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dengan Kitab ini (Al Quran) meninggikan darjat kaum-kaum dan menjatuhkan darjat kaum yang lain”. (HR Muslim)

3. Umat Islam tidak akan sesat dan tidak menyesatkan orang lain. Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: “Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat sama sekali selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu: Kitabullah (Al Quran) dan Sunnah Rasulullah SAW”. (HR Imam Malik dan Muslim)

4. Galakkan belajar dan membaca Al Quran. Rasulullah SAW pernah berpesan kepada seorang sahabatnya bernama Abu Zar RA, sabdanya yang bermaksud: “Hendaklah kamu sentiasa membaca Al Quran kerana ia cahaya petunjuk bagi penduduk bumi dan simpanan untukmu di langit”. (HR Ibnu Hibban)

Lagi Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Abu Zar RA, sabdanya yang bermaksud: “Pelajarilah (sekurang-kurangnya) satu ayat dari Kitabullah (Al Quran) setiap pagi”. (HR Ibnu Majah)

5. Beruntung dan berbahagialah ibu bapa yang mengajar anak-anaknya dengan Al Quran. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mengajar anaknya membaca Al Quran, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan akan datang. Sesiapa yang mengajarkan Al Quran dengan hafalan, maka setiap anak yang membaca satu ayat, Allah akan mengangkat satu darjat untuk ibubapanya hingga akhir ayat Al Quran yang dihafalnya”. (HR At-Thabrani)

6. Beza orang yang belajar, membaca dan mengamalkan ajaran Al Quran dengan orang yang belajar, tidak membaca dan tidak beramal dengannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Pelajarilah Al Quran dan bacalah ia, sesungguhnya perumpamaan orang yang mempelajari Al Quran kemudian membaca dan melaksanakan isi di dalamnya, seperti botol minyak wangi yang penuh berisi kasturi dan menyemarakkan keharumannya ke semua arah. Dan perumpamaan orang yang mempelajari Al Quran, kemudian dia tidur lelap, seperti minyak wangi yang tertutup rapat sehingga tidak tercium keharumannya”. (HR At-Tirmizi)

%d bloggers like this: