Seramai 40 qari dan qariah menyampaikan tilawah al-Quran masing-masing dalam Tilawah Saringan Akhir bagi memilih 10 peserta terbaik ke peringkat negeri. Saringan akhir ini diadakan selama dua hari pada semalam dan hari ini di Bilik Hikmah Blok B Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Dalam tempoh dua hari tersebut, kami dimaklumkan sebahagian besar daripada peserta adalah golongan muda dan ini menunjukkan masa depan yang baik bagi pembangunan tilawah al-Quran di Sabah. Ustaz Hamdani Omar yang bertindak sebagai Pengerusi Jamaah Hakim kali ini bagi pihak seluruh jamaah hakim mencadangkan agar program tahsin al-Quran diperluaskan ke seluruh negeri bagi mencungkil bakat bertarannum al-Quran.

Para peserta juga dalam ulasan pengerusi disarankan agar membudayakan tilawah dalam kehidupan seharian dan bukannya bermusim. Dalam keputusan yang diumumkan, kelima-lima qariah adalah peserta kelas tahsin manakala bagi qari, empat daripada lima peserta adalah daripada kelas tahsin yang dibimbing oleh Tuan Haji Yahya Daud, mantan johan qari antarabangsa dari Kelantan.

Keputusan saringan akhir :

Qari :

1) Afizan Wangkee : 83.17%
2) Mohd Raffe Ghalil Abbas : 82.67%
3) Zunaidi @ Ady Misdaranine : 82.17%
4) Hj Razman Asmat : 81.83%
5) Hj Abdullah Wahid : 80.67%

Qariah :

1) Sofizah binti Mousin : 85.5%
2) Nur Faten Izzati Rablin : 83.17%
3) Hjh Halipah Machu : 78.5%
4) Hjh Sanayah Hj  Janaid : 77.17%
5) Jalimah Mohd Muamat 76.33

MTQ Tapisan Akhir (1) MTQ Tapisan Akhir (2) MTQ Tapisan Akhir (3) MTQ Tapisan Akhir (4) MTQ Tapisan Akhir (5) MTQ Tapisan Akhir (6) MTQ Tapisan Akhir (7) MTQ Tapisan Akhir (8) MTQ Tapisan Akhir (9) MTQ Tapisan Akhir (10)