Archive for 19 Mac 2013


Seramai 40 qari dan qariah menyampaikan tilawah al-Quran masing-masing dalam Tilawah Saringan Akhir bagi memilih 10 peserta terbaik ke peringkat negeri. Saringan akhir ini diadakan selama dua hari pada semalam dan hari ini di Bilik Hikmah Blok B Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Dalam tempoh dua hari tersebut, kami dimaklumkan sebahagian besar daripada peserta adalah golongan muda dan ini menunjukkan masa depan yang baik bagi pembangunan tilawah al-Quran di Sabah. Ustaz Hamdani Omar yang bertindak sebagai Pengerusi Jamaah Hakim kali ini bagi pihak seluruh jamaah hakim mencadangkan agar program tahsin al-Quran diperluaskan ke seluruh negeri bagi mencungkil bakat bertarannum al-Quran.

Para peserta juga dalam ulasan pengerusi disarankan agar membudayakan tilawah dalam kehidupan seharian dan bukannya bermusim. Dalam keputusan yang diumumkan, kelima-lima qariah adalah peserta kelas tahsin manakala bagi qari, empat daripada lima peserta adalah daripada kelas tahsin yang dibimbing oleh Tuan Haji Yahya Daud, mantan johan qari antarabangsa dari Kelantan.

Keputusan saringan akhir :

Qari :

1) Afizan Wangkee : 83.17%
2) Mohd Raffe Ghalil Abbas : 82.67%
3) Zunaidi @ Ady Misdaranine : 82.17%
4) Hj Razman Asmat : 81.83%
5) Hj Abdullah Wahid : 80.67%

Qariah :

1) Sofizah binti Mousin : 85.5%
2) Nur Faten Izzati Rablin : 83.17%
3) Hjh Halipah Machu : 78.5%
4) Hjh Sanayah Hj  Janaid : 77.17%
5) Jalimah Mohd Muamat 76.33

MTQ Tapisan Akhir (1) MTQ Tapisan Akhir (2) MTQ Tapisan Akhir (3) MTQ Tapisan Akhir (4) MTQ Tapisan Akhir (5) MTQ Tapisan Akhir (6) MTQ Tapisan Akhir (7) MTQ Tapisan Akhir (8) MTQ Tapisan Akhir (9) MTQ Tapisan Akhir (10)

dharondin

Sumber : di sini

ARAU: Di sebalik keghairahan ramai orang yang berminat untuk menyertai PAS, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sendiri menunjukkan teladan yang baik apabila beliau sendiri memastikan kaum keluarganya juga mendaftar sebagai ahli PAS. Dalam ucapan beliau pada satu majlis di Dun Guar Sanji kelmarin, beliau memberitahu turut mengadakan satu gerakan untuk memastikan seluruh ahli keluarganya mendaftar sebagai ahli PAS.

Katanya, beliau sendiri mempunyai keluarga yang besar yang terdiri daripada 10 beradik dan setiap ahli keluarganya seramai 256 orang yang telah cukup umur telah didaftarkan sebagai ahli PAS.

“Saya buat satu gerakan supaya seluruh keluarga saya mendaftar sebagai ahli PAS. Keluarga saya besar, daripada 10 beradik dan seluruh anak, cucu, cicit dan menantu kami semuanya ada seramai 256 orang. Semuanya yang cukup umur dan bila kita semak semuanya adalah penyokokong PAS belaka.

“Mungkin sebelum ini kita terlepas pandang, ada yang belum menjadi ahli dan sekadar penyokong PAS sahaja. Setakat penyokong saja tak cukup, kena jadi ahli. Jadi semuanya 100 peratus sudah didaftarkan sebagai ahli PAS dan sudah diserahkan borangnya ke pejabat agung,” jelasnya.

%d bloggers like this: