Tarikh : 12 Mac 2013 (Selasa)

Masa : 8.30-10.30 malam

Tempat : Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud

Sekali lagi tahun ini saya diamanahkan ke Kota Belud – seperti tahun lalu – untuk menghakimi MTQ Daerah bersama rakan-rakan lain. Saya lihat penyusunan hakim-hakim MTQ di peringkat daerah-daerah lebih baik, selepas JHEAINS mengadakan kursus dan bengkel penghakiman akhir januari sudah.

Perjalanan juga lebih teratur, kerana kali ini kami tiba di Pekan Kota Belud sebelum maghrib. Agak selesa kami boleh solat maghrib di Masjid Pekan dan makan malam di dewan sebelum majlis bermula. Ada tujuh peserta, tiga qariah dan empat qari mengambil bahagian.

Ustaz Mutalib, pendakwah gigih yang berjuang lama di sini menceritakan satu ketika dahulu pernah MTQ Daerah KB pernah berakhir sebelum subuh, ketika embun mulai turun. Ketika itu peserta sehingga lebih 20 orang. Selepas itu, saringan dibuat di peringkat kampung agar peserta pada peringkat daerah tidak terlalu ramai.

MTQ tahun ini, kedua-dua johan qari dan qariah daerah melepasi markah 70% dan layak ke peringkat saringan akhir negeri pada minggu hadapan. Hanya saya fikir penganjur dan umat Islam perlu memikirkan agar kehadiran lebih baik dan ramai pada masa-masa akan datang. Semoga Allah SWT merahmati mereka yang hadir mendengar kalam Allah SWT…

MTQ Kota Belud 2013 (1) MTQ Kota Belud 2013 (2) MTQ Kota Belud 2013 (3) MTQ Kota Belud 2013 (4) MTQ Kota Belud 2013 (5)