Masjid Hilal Tg Dumpil

Khatib : Ustaz Tarmidzi Rusbad

Lokasi : Masjid al-Hilal Kg Tanjung Dumpil Putatan

Firman Allah SWT bermaksud : “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (al-A’raf : 96)

Sebagaimana apa yang berlaku di negeri ini beberapa minggu kebelakangan ini, hendaklah umat Islam berada dalam kawalan iman, Islam dan ihsan. Walaupun isu pencerobohan ini telah mendominasi topik-topik perbualan seharian masyarakat kita, dengan kekuatan iman kita mengakui bahawa semua kejadian ini adalah ketentuan qadha dan qadar Allah SWT.

Justeru hendaklah semua pihak melakukan muhasabah sehingga akhirnya berlaku suatu kemuafakatan. Keimanan adalah modal keamanan dengan sifat amanah yang ditonjolkan.  Dengan Islam kita istiqamah dan bertawakkal kepada Allah SWT, beribadah dan berdoa kepadaNya, bersabar dan solat tanda kita memohon pertolongan Allah SWT. Sebarkan amar ma’ruf dan nahi mungkar, bermula dengan diri sendiri sebelum diluaskan kepada orang lain.