Kubang Bujuk

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, membuat kunjungan hormat ke Madrasatul Quran, Kubang Bujuk yang dimiliki Jamaah Tabligh. Ketibaan beliau bersama Yang Dipertua PAS Marang Haji Yahaya Ali disambut oleh mudir madrasah itu, Haji Ramli Haji Muda. Rombongan juga disambut oleh para pelajar sekolah itu yang menumpukan pengajian mereka untuk menghafaz Al Quran.

Sepanjang kunjungan hormat ini, Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Marang itu bertukar-tukar fikiran dengan Haji Ramli dan guru-guru lain di madrasah itu. Tuan Guru sempat berdoa di kubur para pengajar dan pimpinan jamaah Tabligh yang ada di situ.