Tarikh : 12 Mac 2013 (Selasa)

Tempat : Bahagian Pendidikan JHEAINS, Tingkat 9 Wisma MUIS

Pengerusi : Ustaz Haji Saifuddin Haji Daud

Setiap tahun sebelum menjelangnya Majlis Tilawah al-Quran peringkat Negeri Sabah, satu mesyuarat JK Pemilihan ayat al-Quran diadakan. Tidaklah sebarangan ayat diserahkan kepada qari qariah untuk membaca dalam MTQ mana-mana peringkat sekalipun. Kalau tidak salah ini tahun kedua saya terlibat sama memilih ayat yang akan dibaca oleh para qari dan qariah.

Untuk kali ini ada beberapa tema yang menjadi perkiraan kami memilih ayat-ayat berkenaan. Pertama mengambil kira tema MTQ Negeri iaitu berkenaan wasatiyyah. Tema kedua ialah isu pencerobohan di Lahad Datu. Sementara tema ketiga ialah kepimpinan menurut Islam memandang pilihanraya yang semakin hampir menjelang. Ada juga ayat-ayat yang dipilih tidak mengikut tema yang kami bincangkan.

Sebanyak 11 ayat dan surah dipilih, walaupun di peringkat akhir nanti hanya ada 10 peserta – 5 qari dan 5 qariah. Sebahagian ayat dicadangkan oleh Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok dan beberapa ayat lagi cadangan ahli mesyuarat lain termasuk saya. Setelah dipilih ayat-ayat berkenaan, dibincang dan ditetapkan juga 2 tarannum wajib yang menjadi syarat tilawah.

Ustaz Musally Moksin – bos lama saya pula diamanahkan untuk menyediakan intisari bagi setiap ayat yang sudah ditetapkan itu dan akan dibacakan oleh pengacara yang akan ditetapkan nanti. Semoga semuanya berjalan lancar.

Mesy Pilih Ayat MTQ (1) Mesy Pilih Ayat MTQ (2) Mesy Pilih Ayat MTQ (3) Mesy Pilih Ayat MTQ (4)