Apabila saya melihat foto-foto ini sebelum saya muat naik ke dalam blog, saya jadi sayu seketika.

Kami sambut secara kecil-kecilan dalam keluarga kami yang kecil, anak-anak yang tidak mendambakan hadiah, cukup sekadar sebiji kek yang kami kongsi dan Hana dan Lu’lu’ membawa bekal pada esoknya untuk diberi kepada kawan-kawan mereka barang sedikit. Hana Sumayyah dan Lu’lu’ Badriyyah dilahirkan pada tarikh yang sama tapi tahunnya berbeda.

Kami sambut sehari lebih awal pada 11 Mac, memandangkan jadual saya yang sibuk pada keesokkannya. Itu pun selepas saya berkuliah malam itu di Masjid Kg Sipanggil, langsung singgah di kedai kek dan membuat kejutan kepada anak-anak untuk makan-makan seketika. Dalam kesibukan ini, saya sedayanya mahu sangat ada sedikit masa berharga bersama mereka.

Hana Sumayyah : 12 Mac 2005

Lu’lu’ Badriyyah : 12 Mac 2008

Doakan kebaikan untuk kami..

Hana & Lu'lu' (1) Hana & Lu'lu' (2) Hana & Lu'lu' (3) Hana & Lu'lu' (4) Hana & Lu'lu' (5)