Tarikh : 11 Mac 2013 (Isnin)

Tempat : Sabah FM, Kota Kinabalu

Ustaz Sakaria Samela memberikan notis singkat melalui sms agar saya menyediakan tujuh siri rakaman kuiz al-Quran di Sabah FM sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung pada 21-22 Mac 2013. Kuiz sempena MTQ Negeri ini antara program bagi menyemarakkan minggu MTQ.

Sebenarnya, saya hampir tidak membuat apa-apa persiapan walaupun bersetuju dengan permintaan beliau kerana waktu yang sangat suntuk. Saya dimaklumkan pada jumaat dan diminta membuat rakaman pada sabtu esoknya, namun kami tunda kepada isnin. Saya hanya membawa buku tajwid sebagai rujukan dan mencari soalan-soalan hukum hakam tajwid. Format yang dikehendaki oleh penganjur dan penerbit ialah saya membentangkan beberapa adab-adab tilawah al-Quran dan kemudian memberikan soalan-soalan tajwid yang asas.

Masa yang diberikan untuk setiap siri ialah dibawah lima minit. Setiap siri saya bentangkan dua adab tilawah sahaja, membacakan ayat al-Quran dan soalan yang objektif a atau b. Asalnya soalan subjektif tetapi penerbit Puan Fatien dan DJ Esna mencadangkan soalan diobjektifkan bagi membantu para pendengar menjawab soalan berkenaan.

Rakaman ini akan disiarkan antara 14-20 Mac, tiga kali sehari. Tengahari, petang dan malam dengan soalan-soalan yang berlainan. Semoga usaha sedikit ini diberkati oleh Allah SWT dan umat Islam berdikit-dikit mahu mendalami ilmu asas al-Quran. Terima kasih atas kepercayaan JHEAINS dan Sabah FM khususnya Ustaz Sakaria Samela.

Rakaman Kuiz Quran (1) Rakaman Kuiz Quran (2) Rakaman Kuiz Quran (3)