Archive for 10 Mac 2013


KTHM M13 (1) KTHM M13 (2) KTHM M13 (3) KTHM M13 (4) KTHM M13 (5)

 

Saya mendapat satu peluang baik dapat duduk sebentar bersama-sama seorang bloger politik negara Pak MSO @ Mohd Sayuti Omar apabila beliau datang berkunjung ke Sabah sejak 8 Mac 2013. Beliau dalam misi menyelami isu-isu semasa di Sabah khususnya politik dan isu pencerobohan Lahad Datu. Ini bukan pertemuan sulung tetapi ia lebih baik daripada pertemuan pertama dahulu.

Kali ini lebih lama, dapat duduk bersama di restoran sambil minum-minum dan bersama-sama berziarah ke rumah balu Allahyarham Sarjan Baharin pada petang sabtu. Turut serta dalam sembang-sembang kami itu ialah YB Cikgu Zainuddin, ADUN dari Kelantan yang satu masa dahulu pernah bertugas di Sabah di Maktab Perguruan Keningau dan Tuaran. YB Cikgu Din dalam misi mewakili Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz meninjau Sabah dan memberi sumbangan kepada sasaran.

Menariknya bagi sesiapa yang selalu membaca blog Pak MSO, beliau boleh hentam ADUN & MP PAS tertentu yang baginya sepatutnya bersara sebagai yang berhormat kerana pelbagai masalah termasuklah YB Cikgu Din, tetapi mereka boleh musafir, bersembang dan ketawa bersama. Bahkan Pak MSO boleh lepak, bercerita dan mendapat maklumat dari orang-orang UMNO lalu beliau dedahkan dalam blog.

Banyak juga isu semasa yang sempat dibincangkan khususnya di dalam kenderaan ketika kami bersesak-sesak duduk berempat di belakang. Peluang PR bertahta di Putrajaya, aliran sokongan kaum melayu, cina dan india terhadap BN dan PR menerusi bacaan beliau sebagai penganalisis politik negara yang selalu meredah ke seluruh negara.

Sudah tentu kita tidak menerima bulat-bulat atau menolak bulat-bulat apa yang beliau catatkan lewat blognya. Tetapi ia boleh jadi satu analisa yang baik dari sisi seorang bloger yang bergaul dengan ramai golongan. Paling menarik kedudukan kekuatan Pakatan Rakyat di negeri-negeri menurut bacaan beliau :

1) Pulau Pinang

2) Selangor

3) Perak

4) Kelantan

5) Kedah

Katanya, sekiranya PR Sabah dan Sarawak masing-masing boleh menyumbang 10 kerusi parlimen, insya Allah PR akan ke Putrajaya.

MSO & Cikgu Din (1) MSO & Cikgu Din (2) MSO & Cikgu Din (3) MSO & Cikgu Din (4) MSO & Cikgu Din (5)

%d bloggers like this: