Archive for 9 Mac 2013


Tarikh : 9 Mac 2013 (Sabtu)

Tempat : Kg Darau Menggatal Kota Kinabalu

Alhamdulillah hasrat hati dimakbulkan Allah SWT untuk menyertai program ziarah khususnya keatas anggota keluarga polis Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit yang terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna seminggu yang lepas.

Pada awalnya kami dimaklumkan rumah Allahyarham di Taman Nelly kemudian berpindah pula ke Inanam. Rumah yang kami kunjungi di Kg Darau pada hari ini ialah rumah kakak kandung kepada balu Allahyarham. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang mengikhtiarkan usaha mencari rumah tempat keluarga Allahyarham kini bermalam.

Allahyarham Sarjan Mejar Baharin berasal dari Melaka tetapi membesar di Selangor. Allahyarham Baharin, 50, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, mula bertugas sebagai anggota polis pada tahun 1984, meninggalkan seorang balu, Sumiati Suarah, 40 dan dua anaknya Mohd Izzat, 16 dan Nur Izzaty, 11 tahun. Izzat bersekolah di SMK Inanam sementara Nur Izzaty di SK St Agnes Likas.

Suatu kisah yang diceritakan oleh Puan Sumiati kepada Puan Faezah pagi itu ialah, Puan Sumiati pernah berpesan kepada suaminya semasa hayatnya agar menjaga anak-anaknya kerana Puan Sumiati sendiri menghidapi penyakit berat. Tetapi takdir menentukan bahawa suaminya akan pergi terlebih dahulu. Semoga mereka diberikan kesabaran menghadapi musibah ini dan kami datang menghulurkan sumbangan tanda simpati sesama umat Islam.

Ziarah Keluarga Polis (1) Ziarah Keluarga Polis (2) Ziarah Keluarga Polis (3) Ziarah Keluarga Polis (4) Ziarah Keluarga Polis (5) Ziarah Keluarga Polis (6) Ziarah Keluarga Polis (7) Ziarah Keluarga Polis (8) Ziarah Keluarga Polis (9)

mtqqns2

Selamat datang ke fanpage kami, sila tulis dan klik ‘suka @ like‘ Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Sabah untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti maahad. Terima kasih.

%d bloggers like this: