Archive for 8 Mac 2013


Tarikh : 7 Mac 2013

Tempat : Kota Kinabalu & Putatan

Semoga Allah SWT memberikan keamanan, ketenteraman dan keselamatan kepada negeri Sabah dan penduduknya. Kepada para prajurit serta semua petugas keselamatan, perubatan, media dan semua yang terlibat semoga Allah SWT melindungi kalian. Marilah kita bersama-sama berdoa agar keselamatan kita semua dikembalikan seperti biasa. Insya Allah, peristiwa ini mengandungi hikmah yang sangat besar kepada kita semua.

Banner Isu LD (1) Banner Isu LD (2) Banner Isu LD (3)

Masjid IPK Kepayan

Khatib : Ustaz Riduan Bidin

Lokasi : Masjid Nur Islam, IPK Kepayan Kota Kinabalu

 

Berdasarkan kepada sejarah,  negara kita telah berdepan dengan beberapa siri ancaman keselamatan bermula dengan ancaman pengganas komunis semasa darurat dan kemunculan beberapa kumpulan militan seperti kumpulan tentera sabilillah, kumpulan  Nasir  Ismail, al-Maunah dan lain lain lagi yang  kesemuanya menuntut berlakunya peperangan dan pertumpahan darah serta nyawa.

Alhamdulillah, semua ancaman keselamatan itu telah berjaya diatasi oleh pihak pemerintah dan pasukan keselamatan negara hasil perancangan yang tepat dan strategik demi mempertahankan maruah negara.

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa berdasarkan kepada dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadith Rasulullah SAW, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa mempertahankan negara adalah fardhu kepada setiap orang Islam  manakala menderhaka dan mengkhianati negara merupakan satu dosa besar.

Pengkhianatan dan penderhakaan kepada negara termasuklah cubaan menjatuhkan negara dengan bersekongkol bersama pihak musuh.

Menurut pandangan Syeikh Muhammad Abu Zuhrah bahawa: “Mempertahankan negara adalah wajib keatas setiap muslim”. Hukum ini dinyatakan dengan jelas dalam kitab-kitab fiqh bahawa ianya sama ada fardhu kifayah atau fardhu ain bergantung kepada sejauh mana ancaman yang dihadapi oleh sesebuah negara itu.

Prof Dr Abdul Muin Salim dalam kitabnya  Fiqh al-Siasah menjelaskan bahawa: Mewujudkan suasana yang tidak stabil dalam sesebuah negara yang aman damai adalah haram. Sengaja mewujudkan suasana porak peranda seterusnya mengundang kepada mudharat kepada orang awam hukumnya adalah haram.

Merujuk kepada pendirian Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada 6 Mac 2013 mengenai anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Lahad Datu Sabah, bahawa mereka adalah tergolong di dalam Syahid Akhirat kerana terkorban dalam mempertahankan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.

%d bloggers like this: